Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Audit Negara mencadangkan FELCRA Berhad mengkaji semula perolehan ladang sawit bagi memastikan pelaburan sejajar dengan kemampuan kewangan dan memberi pulangan berbaloi.
Transcript
00:00Jabatan Audit Negara mencadangkan Felkra Berhad mengkaji semula perolehan ladang sawit di bawah pelan transformasi syarikat itu.
00:08Cadangan itu bagi memastikan pelaburan yang dibuat memberi nilai terbaik berdasarkan kemampuan kewangan semasa.
00:15Laporan Ketua Audit Negara LKAN 2025 yang dibentangkan di Dewa Rakyat Pali Isnin turut menyatakan
00:21Lembaga Pengarah Felkra disyurkan untuk bertanggungjawab memastikan proses perolehan ladang dilaksanakan secara teratur, sejajar dengan kewajipan fiduciary dan amalan takbir urus korporat yang baik.
00:35Ketua Audit Negara Datasri Wan Suraya Wan Muhammad Razzi berkata pihaknya turut menyarankan semua keputusan berkaitan perolehan ladang sawit ditentukan secara kolektif.
00:46Ia selaras dengan perbincangan terdahulu dan perlembagaan syarikat.
00:49Sebarang perubahan keputusan perlu direkodkan, disahkan melalui resolusi baharu dan didokumankan oleh setiausaha syarikat.
00:59Laporan itu turut mencadangkan Felkra menetapkan garis masa minimum antara kelulusan dan pelaksanaan perjanjian bagi memberi ruang penilaian risiko yang menyeluruh.
01:09Manual perolehan Felkra yang mula berkuat kuasa pada September 2024 juga disarankan ditambah baik,
01:16termasuk pelantikan perunding luar berkelayakan untuk menilai daya maju dan nilai pasaran ladang secara objektif sebelum keputusan dibuat.
01:25Laporan juga mengesyorkan penilaian kewangan dijalankan secara menyeluruh termasuk analisis titik pulang modal, pulangan pelaburan ROI, kos tersembunyi,
01:34serta keperluan pemulihan fizikal sebelum kelulusan dimuktamadkan.
01:40Jabatan Audit juga menegaskan keperluan pemeriksaan serta pengesahan aset alih dilaksanakan sebelum dan semasa proses penyerahan ladang sawit,
01:49termasuk semakan daftar aset jendera dan kemudahan ladang seperti dinyatakan dalam perjanjian.
01:55Terima kasih telah menonton!

Recommended