Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dijangka melawat China sebelum Sidang Kemuncak APEC hujung Oktober, dalam usaha meredakan ketegangan perdagangan dengan Beijing.
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka mengadakan lawatan ke China sebelum menghadiri sidang kemunca APEC pada 30 Oktober hingga 1 November dalam usaha meredakan ketegangan-pertegangan antara dua kuasa ekonomi dunia itu.
00:15Dapuran South China Morning Post memetik sumber bahawa Trump juga mungkin akan bertemu Presiden China Xi Jinping di luar acara rasmi APEC yang dijangka diadakan di Korea Selatan.
00:25Pertemuan ini berpotensi menjadi titik penting dalam rundingan penyelesaian perang tarif yang telah memberi kesan besar kepada perdagangan global dan rantaian bekalan serta menyumbang kepada ketidaktentuan ekonomi serantau.
00:39Trump sebelum ini mengenakan tarif sehingga 55% ke atas barangan dari China dengan alasan mahu merangsang industri pembuatan domestik Amerika.
00:49Namun pengkritik berkata tindakan itu hanya menyebabkan kenaikan harga barangan pengguna di Amerika.
00:53Trump turut mencadangkan tarif asas 10% untuk semua barangan import dengan kadar lebih tinggi terhadap negara-negara yang dianggap bermasalah termasuk China.
01:04Tarikh akhir 12 Ogos ditetapkan untuk mencapai perjanjian tarif yang berkekalan antara kedua-dua negara.
01:11Runtingan terakhir antara Amerika dan China berlangsung pada 11 Julai di Malaysia apabila setiausaha negara Amerika Marco Rubio dan Menteri Luar China Wang Yi mengadakan perbincangan yang disifatkan sebagai positif dan membina.
01:23Menteri Perdagangan China Wang Wentao baru-baru ini berkata Beijing berhasrat memulihkan hubungan perdagangan dengan Washington ke landasan yang stabil dan runding anti-Eropah menunjukkan perang tarif tidak lagi relevan untuk diteruskan.
01:36Terima kasih telah menonton!
01:37Terima kasih telah menonton!

Recommended