00:00Menteri Pertanian Indonesia meminta rakyat bersyukur dengan kestabilan harga makanan di negara itu, terutama beras yang menurutnya jauh lebih murah berbanding negara jiran dan negara maju.
00:12Andi Amran Sulaiman berkata harga beras di Jepun kini mencucah $6 sekilogram, manakala di Indonesia masih di bawah $1 bagi kuantiti yang sama.
00:21Jelas Amran, kestabilan harga itu tidak berlaku secara kebetulan, sebaliknya ia adalah hasil usaha kerajaan dalam memastikan bekalan beras dalam negara mencukupi.
00:33Katanya antara langkah yang diambil termasuk menambah kawasan penanaman padi, menyimpan stok simpanan beras pada paras selamat dan menyegerakan bantuan agihan beras kepada isi rumah berpendapatan rendah.
00:44Beliau menambah kerajaan juga menyalurkan subsidi baja dan sokongan logistik kepada petani agar pengeluaran tidak terganggu.
00:51Menurut Amran lagi, dalam keadaan banyak negara kini berdepan krisis makanan akibat cuaca tidak menentu dan konflik geopolitik, rakyat Indonesia perlu sedar, mereka masih bernasib baik.
01:02Beliau turut memberi jaminan kementeriannya akan terus memantau rantaian bekalan dan harga pasaran beras agar ia kekal mampu milik untuk semua lapisan rakyat.
01:12Bagi memastikan ia berhasil, Amran berkata pihak yang berharap agar belanjawan kementerian pertanian bagi 2026 dinaikkan daripada $859 juta kepada $2.79 bilion untuk memperkukuh pengeluaran komoditi strategik.
01:30Kementerian pertanian telah memulakan kerjasama dengan Kementerian Tenaga Kerja untuk membangunkan kluster pertanian modern di lima wilayah utama.
01:39Program ini melibatkan penempatan sehingga 500 tenaga pengajar teknikal dan pengagihan kira-kira 7,000 unit misin pertanian kepada petani milenial bagi meningkatkan kecakapan pengeluaran pertanian.