Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Kerajaan Laos akan merunding semula harga pembelian tenaga elektrik dengan pengendali loji hidro.

Langkah ini susulan kenaikan tarif elektrik sejak sistem harga baharu diperkenalkan Februari lalu.
Transcript
00:00Kerajaan lau akan merunding semula harga pembelian tenaga elektrik dengan pengendali loji hidro bagi meliti kos pembelian tenaga semasa.
00:09Langkah ini sesudah kenaikan tarif elektrik sejak sistem harga baru diperkenalkan Februari lalu.
00:13Harga untuk penggunaan kosong hingga 25 kW jam meningkat daripada 355 kip seunit pada Januari dan kini dinaikkan kepada 679 kip seunit pada Julai iaitu kenaikan hampir 91%.
00:30Kenaikan ini memberi impak besar khususnya kepada golongan berpendapatan rendah dan perniagaan kecil yang bergelut untuk menanggung kos tenaga lebih tinggi.
00:38Penduduk luar bandar antara yang paling terkesan dengan kadar tarif semasa kerana kebergantungan kepada tenaga domestik.
00:45Sistem tarif progresif yang baru ini turut dikritik kerana meningkatkan bayaran untuk penggunaan asas.
00:52Selain rundingan, kerajaan juga akan memperbaharui sistem meter elektrik dan cara pengiraan bil bagi meningkatkan ketelusan.
00:59Usaha kerajaan itu dilihat sebagai langkah menstabilkan harga dan menurunkan kos kepada pengguna akhir.
01:05Rentitan itu, kerajaan menyasarkan untuk menarik balik sebahagian besar kenaikan tarif menjelang akhir 2025 bagi memastikan kos tenaga lebih adil kepada rakyat lau.

Recommended