00:00Perubahan dasar perumahan di Singapura kini memberi kelebihan kepada golongan bujang dan pembeli kali kedua.
00:07Bermula Julai ini, sebahagian besar flat lembaga perumahan dan pembangunan HDB diperuntukkan sehingga 65% kepada pemohon bujang untuk unit 2 bilik.
00:19Menerusi jualan Build and Order BTO, 30% daripada jumlah itu dikhaskan untuk mereka yang mahu tinggal perdekatan ibu bapa.
00:27Pada masa yang sama, kuota bagi pembeli kali kedua turut ditingkatkan.
00:31Bagi flat standard, kuota meningkat daripada 15 kepada 20%, manakala flat dalam kategori plus dan prime, kuota naik daripada 5 kepada 10%.
00:41Langkah ini menggantikan beberapa skim sedia ada seperti skim keutamaan anak berkahwin dan skim warga emas.
00:48Sekitar 5,500 unit BTO ditawarkan dalam sesi kali ini, termasuk di kawasan Bukit Merah, Woodlands dan Campinas.
00:56Skim baru ini juga selari dengan usaha kerajaan Singapura untuk menggalakkan keluarga tinggal berdekatan antara satu sama lain selain membantu pembeli muda yang baru membina kehidupan.
01:06Selain itu, kerajaan turut memperkenalkan beberapa insentif tambahan seperti skim penilaian pendapatan tangguh serta kenaikan geran perumahan fresh start daripada $50,000 kepada $75,000 Singapura.
01:19Perubahan ini sebagai usaha jangka panjang kerajaan Singapura untuk memperkukuh jaringan sosial serta menyediakan perumahan yang lebih adil dan inklusif kepada semua lapisan masyarakat.