Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Menurut Kiah Chun, jerebu bukan hanya isu alam sekitar tetapi juga membabitkan tadbir urus dan tanggungjawab perniagaan, memandangkan hubungan rapat antara industri perladangan Malaysia dan Indonesia.
Transcript
00:00Greenpeace Malaysia menyeru kerajaan mengambil peluang sebagai pengerusi ASEAN untuk memimpin usaha serantau dalam menangani isu jerebu rentas sempadan dan menggalakkan amalan perladangan yang bertanggungjawab.
00:13Malah jika jerebu berulang, ia boleh menjejaskan kredibiliti Malaysia ketika negara sepatutnya menunjukkan kepimpinan serantau dalam tindakan iklim dan kelestarian perniagaan.
00:23Perkara itu disuarakan dalam satu surat terbuka kepada Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
00:30Menurut ketua juru kempennya Heng Kiah Chun, ini peluang bagi sektor perladangan negara membuktikan mereka tidak lagi bertolak ansur dengan penerbangan hutan atau kemusnahan tanah gambut.
00:43Katanya jerebu bukan hanya isu alam sekitar tetapi juga membabitkan takbir urus dan tanggungjawab perniagaan.
00:49Ini memandangkan hubungan rapat antara industri perladangan Malaysia dan Indonesia.
00:54Kiah Chun turut mencadangkan tiga langkah utama untuk memulihkan reputasi sektor perladangan negara.
00:59Ia termasuk menghentikan kemusnahan tanah gambut yang mencetuskan kebakaran, menjamin ketelusan dan accountability dalam rantai yang bekalan dan membuktikan kepada dunia bahawa syarikat Malaysia adalah bersih serta bertanggungjawab.
01:12Greenpeace Malaysia juga menyarankan kerajaan mengubal undang-undang komprehensif bagi menangani isu jerebu rentas padan seperti Akta Udara Bersih yang pernah dicadangkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, Suhakam.

Recommended