- 1 year ago
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
00:30Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
01:00Peningkatan hujan dijangka memuncak pada 22 hingga 24 Julai dengan risiko tanah runtuh dan banjir kilat meningkat di kawasan tinggi dan lembah.
01:09Tiap berkuasa melaporkan beberapa daerah seperti Chiang Mai telah mengaktifkan operasi pencegahan banjir termasuk penggunaan pump air dan pembersihan saliran berterusan.
01:18Indonesia akan memulakan operasi pembenihan awan hari ini bagi menangani kebakaran hutan dan tanah yang semakin buruk di wilayah Riau.
01:30jurus cakap agensi pengurusan bencana nasional BNPB Abdul Muhari berkata operasi itu akan dijalankan sekurang-kurangnya selama 7 hari bagaimanapun katanya ia boleh dilanjutkan bergantung kepada keadaan semasa di lapangan.
01:43Menurutnya, sebuah pesawat Cessna sudah berlepas dari lapangan terbang Pondok Cabe di wilayah Bantan pada Ahad bagi tujuan operasi pembenihan awan yang akan dilakukan pada Isnin.
01:55antara lain ia akan menggunakan Natrium Klorida untuk merangsang hujan di kawasan yang terjejas akibat kebakaran.
02:01Data daripada Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik BMKG menunjukkan terdapat 1,208 tumpuk panas di seluruh Sumatera setakat Ahad termasuk 586 di Riau.
02:14BNPB turut mengerahkan sebuah helikopter Bell 206 untuk rondaan udara dan memindahkan sebuah helikopter pengebom air dari Palembang ke Riau.
02:22Pasukan petugas darat turut digerakkan melibatkan pegawai bencana, anggota tentera, polis, pasukan bomba serta sukarelawan.
02:29Setakat ini, masih belum ada maklumat terperinci mengenai punca kebakaran hutan di wilayah Riau yang sudah merentasi sempadan Malaysia.
02:37Malah sehingga kini juga tiada arahan berpindah dikeluarkan memandangkan lokasi kebakaran dilaporkan jauh daripada penempatan penduduk.
02:44Greenpeace Malaysia menyeru kerajaan mengambil peluang sebagai pengerusi ASEAN untuk memimpin usaha serantau
02:55dalam menangani isu jerebu rentas sempadan dan menggalakkan amalan perladangan yang bertanggungjawab.
03:00Malah jika jerebu berulang, ia boleh menjejaskan kredibiliti Malaysia ketika negara sepatutnya menunjukkan kepimpinan serantau
03:08dalam tindakan iklim dan kelestarian perniagaan.
03:11Perkara itu disuarakan dalam satu surat terbuka kepada Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
03:17Menurut ketua juru kempennya Heng Kiah Chun, ini peluang bagi sektor perladangan negara membuktikan mereka tidak lagi bertolak ansur
03:27dengan penerbangan hutan atau kemusnahan tanah gambut.
03:31Katanya jerebu bukan hanya isu alam sekitar tetapi juga membabitkan takbir urus dan tanggungjawab perniagaan.
03:37Ini memandangkan hubungan rapat antara industri perladangan Malaysia dan Indonesia.
03:42Kiah Chun turut mencadangkan tiga langkah utama untuk memulihkan reputasi sektor perladangan negara.
03:47Ia termasuk menghentikan kemusnahan tanah gambut yang mencetuskan kebakaran,
03:51menjamin ketulusan dan akauntabiliti dalam rantai yang bekalan
03:54dan membuktikan kepada dunia bahawa syarikat Malaysia adalah bersih serta bertanggungjawab.
04:01Greenpeace Malaysia juga menyarankan kerajaan mengubal undang-undang komprehensif
04:04bagi menangani isu jerebu rentas padan seperti Akta Udara Bersih
04:08yang pernah dicadangkan seluruhan jaya hak asasi manusia Malaysia, Suhakam.
04:13Kesemua negara anggota ASEAN bersetuju untuk tidak terkecuali dalam mengambil bahagian
04:20dan menjaga kepentingan rantau ini di kawasan Indo-Pasifik.
04:23Menteri Luar Datuk Seri Mohd Hassan berkata,
04:26keputusan itu penting dibuat berdasarkan kerangka ASEAN Outlook on the Indo-Pasifik
04:31memandangkan wujudnya pelbagai mekanisme negara luar di kawasan tersebut
04:35antaranya AUKUS iaitu Pakatan Keselamatan Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
04:40Mohd berkata wujud juga Pakatan Multilateral lain seperti Dialog Strategik Kuat
04:46melibatkan empat negara, Strategi Indo-Pasifik Satuan Eropah,
04:50Kerjasama Ekonomi Strategik untuk Kemamoran IPEF
04:52dan Indo-Pasifik 4 melibatkan empat anggota NATO iaitu Korea Selatan, Jepun, New Zealand dan Australia.
04:59Kerana berbagai-bagai mekanisme yang telahpun diwujudkan termasuk AUKUS
05:04iaitu tiga buah negara, Amerika, UK dan Australia
05:10mengadakan kerangka pertahanan bersama mereka termasuk kuatnya
05:15empat negara iaitu India, Amerika, Australia dan juga negara Jepun
05:22jadi ini merupakan suatu kerangka yang ASEAN mesti mengambil bahagian
05:28maka itu sebab wujudnya ASEAN outlook on Indo-Pasifik
05:31kerana ia perlu kita suaikan diri dan menjadi sebagai suatu pemain utama
05:39untuk kita memastikan kawasan Indo-Pasifik ini terus bebas, aman dan berkecuali.
05:44Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dato' Muhammad Syahar Abdullah BN Paya Besar
05:50di Dewan Rakyat yang mahu tahu pendirian kerajaan tentang kewujudan
05:53pelbagai pakatan multilateralism di Indo-Pasifik.
05:57Dalam benda itu, Muhammad berkata Malaysia akan terus memainkan peranan
06:00sebagai sebuah negara yang proaktif dan menyumbang dengan secara positif
06:04terhadap keamanan dan kestabilan Indo-Pasifik selaras dengan prinsip bebas berkecuali.
06:10Malaysia tambahnya akan mempergiatkan aktiviti diplomasi
06:13seperti memperkukuhkan ASEAN sebagai pemegang taruh utama Indo-Pasifik
06:16menyesuaikan dasar luar dengan realiti geopolitik baru
06:20meningkatkan keupayaan diplomasi, ekonomi dan keselamatan.
06:25Menteri Pertanian Indonesia meminta rakyat bersyukur
06:29dengan kestabilan harga makanan di negara itu
06:32terutama beras yang menurutnya jauh lebih murah berbanding negara jiran dan negara maju.
06:37Andi Amran Sulaiman berkata harga beras di Jepun kini mencucah $6 sekilogram
06:41manakala di Indonesia masih di bawah $1 bagi kuantiti yang sama.
06:45Jelas Amran, kestabilan harga itu tidak berlaku secara kebetulan
06:51sebaliknya ia adalah hasil usaha kerajaan dalam memastikan bekalan beras dalam negara mencukupi.
06:58Katanya antara langkah yang diambil termasuk menambah kawasan penanaman padi
07:02menyimpan stok simpanan beras pada para selamat dan menyegerakan bantuan agihan beras
07:07kepada isi rumah berpendapatan rendah.
07:09Beliau menambah kerajaan juga menyalurkan subsidi baja dan sokongan logistik kepada petani
07:14agar pengeluaran tidak terganggu.
07:16Menurut Amran lagi, dalam keadaan banyak negara kini berdepan krisis makanan
07:20akibat cuaca tidak menentu dan konflik geopolitik,
07:24rakyat Indonesia perlu sedar,
07:26mereka masih bernasib baik.
07:27Beliau turut memberi jaminan kementeriannya akan terus memantau rantaian bekalan
07:32dan harga pasaran beras agar ia kekal mampu milik untuk semua lapisan rakyat.
07:38Bagi memastikan ia berhasil, Amran berkata,
07:41pihak yang berharap agar belanjawan kementerian pertanian bagi 2026 dinaikkan
07:46daripada $859 juta kepada $2.79 bilion untuk memperkukuh pengeluaran komoditi strategik.
07:55Kementerian Pertanian telah memulakan kerjasama dengan Kementerian Tenaga Kerja
08:00untuk membangunkan kluster pertanian modern di lima wilayah utama.
08:05Program ini melibatkan penempatan sehingga 500 tenaga pengajar teknikal
08:09dan pengagihan kira-kira 7,000 unit misin pertanian kepada petani milenial
08:14bagi meningkatkan kecekapan pengeluaran pertanian.
08:18Kerajaan Lau akan merunding semula harga pembelian tenaga elektrik
08:26dengan pengendali logi hidro bagi meliti kos pembelian tenaga semasa.
08:31Langkah ini sesudah kenaikan tarif elektrik sejak sistem harga baru diperkenalkan Februari lalu.
08:36Harga untuk penggunaan kosong hingga 25 kWh meningkat daripada 355 kip seunit pada Januari
08:46dan kini dinaikkan kepada 679 kip seunit pada Julai, iaitu kenaikan hampir 91%.
08:53Kenaikan ini memberi impak besar khususnya kepada golongan berpendapatan rendah
08:57dan perniagaan kecil yang bergelut untuk menanggung kos tenaga lebih tinggi.
09:01Penduduk luar bandar antara yang paling terkesan dengan kadar tarif semasa
09:05kerana kebergantungan kepada tenaga domestik.
09:08Sistem tarif progresif yang baru ini turut dikritik kerana meningkatkan bayaran untuk penggunaan asas.
09:15Selain rundingan, kerajaan juga akan memperbaharui sistem meter elektrik
09:19dan cara pengiraan bil bagi meningkatkan ketelusan.
09:22Usaha kerajaan itu dilihat sebagai langkah menstabilkan harga
09:25dan menurunkan kos kepada pengguna akhir.
09:27Rantitan itu, kerajaan menyasarkan untuk menarik balik sebahagian besar
09:31kenaikan tarif menjelang akhir 2025 bagi memastikan kos tenaga lebih adil kepada rakyat lau.
09:40Perubahan dasar perumahan di Singapura kini memberi kelebihan kepada golongan bujang dan pembeli kali kedua.
09:46Bermula Julai ini, sebahagian besar flat lembaga perumahan dan pembangunan HDB diperuntukkan
09:52sehingga 65% kepada pemohon bujang untuk unit 2 bilik.
09:57Menerusi jualan Build and Order BTO, 30% daripada jumlah itu dikhaskan untuk mereka yang mahu tinggal perdekatan ibu bapa.
10:07Pada masa yang sama, kuota bagi pembeli kali kedua turut ditingkatkan.
10:10Bagi flat standard, kuota meningkat daripada 15 kepada 20%,
10:15manakala flat dalam kategori plus dan prime, kuota naik daripada 5 kepada 10%.
10:20Langkah ini menggantikan beberapa skim sedia ada seperti skim keutamaan anak berkahwin dan skim warga emas.
10:26Sekitar 5,500 unit BTO ditawarkan dalam sesi kali ini termasuk di kawasan Bukit Merah, Woodlands dan Tampines.
10:36Skim baharu ini juga selari dengan usaha kerajaan Singapura untuk menggalakkan keluarga tinggal berdekatan antara satu sama lain
10:42selain membantu pembeli muda yang baru membina kehidupan.
10:45Selain itu, kerajaan turut memperkenalkan beberapa insentif tambahan seperti skim penilaian pendapatan tangguh serta kenaikan geran perumahan fresh start
10:55daripada $50,000 kepada $75,000 Singapura.
10:59Perubahan ini sebagai usaha jangka panjang kerajaan Singapura untuk memperkukuh jaringan sosial
11:03serta menyediakan perumahan yang lebih adil dan inklusif kepada semua lapisan masyarakat.
11:08Jawatan Kuasa Pelaburan Wilayah Bagu, Myanmar meluluskan pelaburan asing bernilai $7,000,000 Amerika pada Jun lalu.
11:17Pelaburan itu merangkumi pembinaan kilang jentera pertanian, pengeluaran baja, pemprosesan makanan haiwan serta pemasangan sistem tenaga solar.
11:26Setakat ini, sebanyak 79 projek pelaburan asing telah diluluskan di wilayah itu sejak Februari 2021 hingga November 2023
11:37dengan nilai keseluruhan mencecah $197,000,000.
11:41Dalam tempoh sama, Bagu turut menerima pelaburan domestik berjumlah kira-kira $15,000,000
11:47sekaligus menjana lebih 11,000 peluang pekerjaan.
11:51Pihak berkuasa Bagu turut memberi jaminan untuk menyediakan bantuan teknikal dan perundangan kepada pelabur yang berminat,
11:57terutama dalam sektor yang menyokong keselamatan makanan dan kedestarian tenaga.
12:02Inisiatif ini dilihat sebagai sebahagian daripada usaha Myanmar untuk memulihkan ekonomi pasca pandemik dan konflik politik
12:08dengan menumpukan kepada sektor berasaskan ekspor dan lestari.
12:13Bagu merupakan antara wilayah pertanian utama di Myanmar, terkenal dengan pengeluaran padi, getah dan hasil ternakan.
12:19Dengan kelulusan pelaburan baharu itu, Bagu bakal mengembangkan lagi peranannya sebagai hak pertanian modern
12:26serta peneraju dalam tenaga boleh diperbaharui di Myanmar.
12:31Presiden Filipina Ferdinand Makros Jr. dijadual mengadakan lawatan ke Washington, D.C.
12:37dari 20 hingga 22 Julai pagi bertemu Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
12:42Dalam lawatan tersebut, perbincangan dijangka tertumpu kepada tarif 20% ke atas import dari Filipina.
12:49Ini merupakan lawatan pertama oleh ketua negara anggota ASEAN sejak Trump memegang jawatan.
12:56Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan kerjasama dalam bidang ekonomi, termasuk tarif 20% yang diumumkan Trump baru-baru ini.
13:05Marcos dan Trump juga dijangka membincangkan kerjasama pertahanan dan keselamatan yang lebih erat, khususnya situasi di Laut Cina Selatan.
13:12Presiden Filipina itu turut di jadual bertemu pegawai kanan Amerika, termasuk setiusa negara Marco Rubio dan setiusa pertahanan Pete Hexeth.
13:21Pada 9 Julai lalu, Trump mengumumkan tarif 20% ke atas semua import dari Filipina bermula 1 Ogos.
13:28Sekian saja ASEAN 25. Saya Irfan Faruqi. Salam hormat.
13:34Terima kasih kerana menonton!