Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Sebaliknya jelas Datuk Verdon Bahanda, penubuhan Gerakan ini adalah untuk mengangkat suara rakyat yang disifatkannya telah lama diketepikan dan dibawa ke peringkat tertinggi iaitu kerajaan.
Transcript
00:00Gerakan gelombang hitam yang digerakkan ahli Parlimen Kudat bukan suka-suka atau membuat untuk membuang masa.
00:07Sebaliknya jelas Dato' Verdon berhanda penubuhan gerakan ini adalah untuk mengangkat suara rakyat yang disifatkannya telah lama diketepikan dan dibawa ke peringkat tertinggi iaitu kerajaan.
00:20Menurutnya usaha mengangkat suara rakyat ke peringkat tertinggi akan sedikit terbantut jika gelombang hitam terikat kepada satu-satu parti.
00:28Keadaan seseorang ahli politik ataupun seorang wakil rakyat, bila dia terikat dengan sesebuah parti, maka terlalu banyak sekatan dan limitation,
00:39had-had tertentu bagi seseorang wakil rakyat itu bergerak secara bebas, bersuara secara bebas bagi pihak rakyat.
00:47Dan selepas tiga tahun saya melihat kedudukan saya sebagai ahli Parlimen Bebas, wakil rakyat di dalam sebuah kerajaan,
00:57maka saya melihat bahawa untuk mengemukakan suatu keperluan rakyat itu memerlukan suara yang bebas daripada kongkongan mana-mana.
01:08Katanya jika beliau menyertai atau bersama-sama dengan mana-mana parti, sekatan itu pasti wujud apabila beliau atau calon gelombang hitam
01:17menyuarakan mengenai hal kemiskinan dan infrastruktur di Sabah.
01:21Naratif dia itu masih lagi berpaksikan kepada prinsip-prinsip ideologi dan juga manifesto yang kita akan gunakan.
01:30Itu sebabnya gerakan gelombang hitam ini kita susun secara teratur dan semua calon-calon di dalam gerakan gelombang hitam ini
01:42haruslah mempunyai prinsip ideologi yang sama dan juga menggunakan manifesto yang sama.
01:47Yang akan saya umumkan dalam masa terdekat inilah. Apakah?
01:53Mengulas mengenai kerjasama dengan mana-mana parti selepas pilihan raya negeri,
01:58Verdon akui ia perlu berlaku memandangkan politik negara dan negeri sudah berubah dan dinamik.
02:05Bagaimanapun sebarang kerjasama atau penyertaan wakil rakyat gelombang hitam nanti
02:09perlu mengambil kira kelebihan dari segi kuasa.
02:12Jadi bermakna kita sebagai wakil rakyat bebas dan kumpulan wakil rakyat bebas ini
02:21kita tetap akan membentuk kerajaan bersama-sama dengan mana-mana pihak yang memberikan kelebihan kepada kita.
02:28Bukan dari segi kelebihan untuk mendapatkan keuntungan pribadi
02:32tetapi bagaimana untuk kita mendapatkan kelebihan mungkin dari segi kuasa
02:38supaya kita boleh mengaplikasikan apakah aspirasi sebenar untuk menjadi wakil kepada rakyat.
02:45Terima kasih telah menonton!

Recommended