Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Sembilan kawasan di Semenanjung Malaysia kini mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, dengan Alor Gajah, Seremban dan Kemaman merekodkan paras tertinggi melebihi 150, susulan pergerakan asap jerebu rentas sempadan yang dikesan memasuki negara dalam tempoh 24 jam lalu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sembilan kawasan di Semenanjung Malaysia merekodkan bacaan indeks pencemaran udara IPU pada tahap tidak sihat setakat petang Isnin.
00:10Alu Gajah di Melaka, catat bacaan tertinggi dengan IPU 157 diikuti Seremban Negeri Sembilan dengan IPU 155 dan juga Kemaman, Terengganu 153.
00:22Johan Setia di Selangor, Temerloh dan Balok Baru di Pahang turut menekodkan IPU tidak sihat dengan bacaan 152.
00:32Tiga lokasi lain iaitu nilai di Negeri Sembilan, Banting di Selangor dan Ceras, Kuala Lumpur, masing-masing mencatatkan IPU 138, 135 dan 132.
00:43Menurut Jabatan Alam Sekitar, bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat dan boleh menjejaskan kesihatan golongan berisiko tinggi termasuk kanak-kanak, warga emas serta individu yang mengalami masalah pernafasan.
00:58Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar, memakai pelitup muka di kawasan terbuka dan mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami kejalan sesak nafas.

Recommended