00:00Jabatan Perkhidmatan Awam JPA yakin penjawat awam akan mematuhi sepenuhnya larangan penggunaan aplikasi navigasi Waze yang diputuskan kerajaan atas faktor
00:10keselamatan.
00:12Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Dr. Wan Ahmad Dahlan Abdelaziz berkata, walaupun tahap pematuhan terhadap arahan itu belum dapat
00:19dipastikan memandangkan ia baru diumumkan, pihaknya percaya penjawat awam memandang serius keputusan berkenaan.
00:28Menurutnya larangan itu bertujuan melindungi keselamatan maklumat dan data dengan mengambil ikhtibar daripada pengalaman negara lain yang menggunakan aplikasi berkenaan.
00:37Kata beliau, semua pihak belajar dan melihat daripada apa yang berlaku kepada negara-negara lain yang menggunakan aplikasi tersebut.
00:44Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Program Kampung dan Sekolah Angkat Madani JPA di Sekolah Kebangsaan
00:54Kota Baharu di Kampar pada Sabtu.
00:56Pada 21 Oktober lepas, kerajaan memutuskan untuk melarang semua penjawat awam menggunakan aplikasi navigasi Waze bagi melindungi maklumat kerajaan dan
01:06data peribadi pengguna daripada ancaman penyalahgunaan oleh rejim Israel.
01:10Perdana Menteri Datuk Seri Arno Ibrahim berkata, keputusan itu mengambil kira kedudukan Waze Mobile Limited selaku pengawal data pengguna yang
01:19diperbadankan dan beroperasi di bawah Undang-Undang Israel.