Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Pakatan pimpinan Arab Saudi memaklumkan berjaya memintas dan memusnahkan sebuah dron yang didakwa dilancarkan Houthi ke arah wilayah Medina.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seterusnya, Pakatan Ketenteraan Pimpinan Arab Saudi di Yemen memaklumkan berjaya memintas dan memusnahkan sebuah drone yang dilancarkan oleh kumpulan huti
00:10di wilayah Madinah, Barat Arab Saudi.
00:13Dan menurut jurucakap pakatan, Major General Turki Al-Maliki berkata, sistem pertahanan udara gabungan itu berjaya mengesan dan memusnahkan drone
00:22berkenaan sebelum mencapai sasaran.
00:26Insiden itu merupakan serangan keempat yang dikaitkan dengan huti terhadap Arab Saudi dalam tempoh 24 jam.
00:33Dalam masa sama, kerajaan Yemen mengecam serangan baru yang didakwa menyasarkan Istana Presiden Ma'asyik di Aden buat kali kedua
00:40dan lapangan terbang antarabangsa Aden buat kali ketujuh.
00:44Kerajaan Yemen turut menyifatkan dawaan cubaan menyasarkan Mekah sebagai satu tindakan berbahaya yang mengancam keselamatan serantau dan tidak menghormati kesucian
00:53tapak-tapak suci Islam.
00:55Menurut kerajaan itu, serangan tersebut bukan sahaja mengancam institusi negara, malah turut menjejaskan keselamatan kemudahan awam.
01:03Bagaimanapun, jurucakap ketenteraan huti Yahya Syari'i menafikan dawaan bahawa pihaknya melancarkan sebarang operasi menyasarkan wilayah Arab Saudi.
01:12Menerusi PlatformX, beliau mendakwa pihak berkuasa Arab Saudi mereka-reka dawaan berhubung pemintasan drone di Madinah.
01:19Sebelum ini, Pakatan Pimpinan Arab Saudi turut mengumumkan pemintasan sebuah peluru berpandu balistik, peluru berpandu jelajah dan drone yang didakwa
01:27dilancarkan oleh huti ke arah beberapa kawasan di negara itu.
01:30Terima kasih.
01:31Terima kasih.
01:32Terima kasih.

Recommended