00:00Sebuah kapal dilaporkan terbakar selepas terkena projektil di perairan berhampiran Pulau Lavan di Teluk Iran.
00:06Menurut operasi perdagangan maritim United Kingdom UKMTO, pihaknya menerima laporan daripada nakkoda kapal mengenai kejadian itu yang berlaku pada petang
00:14Jumaat, kira-kira 40 batu nautika di selatan pulau berkenaan.
00:20Tambah UKMTO, projektil itu disasar pada bahagian kiri kapal sebelum mencetuskan kebakaran.
00:25Bagaimanapun, semua anak kapal dilaporkan selamat dan tiada kesan pencemaran alam sekitar dikesan.
00:32UKMTO turut menggesa semua kapal yang melalui kawasan tersebut agar meningkatkan tahap waspada dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak
00:40berkuasa.
00:41Insiden itu berlaku ketika risiko keselamatan terhadap perkapalan komersial di Teluk dan Selak Hormuz terus meningkat, susulan beberapa serangan terhadap
00:49kapal sejak kebelakangan ini.
00:50Dalam pada itu, pihak berkuasa Oman turut melaporkan operasi menyelamat anak kapal daripada sebuah kapal komersial yang terbakar berhampiran pantai
00:58Musandam.
01:00Ketegangan berterusan antara Iran dan Amerika Syarikat turut meningkatkan kebimbangan terhadap keselamatan pelayaran di Selak Hormuz yang merupakan salah satu
01:07laluan perhantaran tenaga terpenting dunia.
01:10Terima kasih telah menonton!