00:00Tiga individu ditahan polis susulan kejadian pergaduhan yang tular di hadapan sebuah pasaraya di Taman Pulai Utama Sekudai pada Jumaat.
00:08Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisional Radin Ramlan Radin Taha berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam
00:156.38 minit petang.
00:19Menurutnya, seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun mengalami kecederaan patah kaki kanan selepas dilanggar sebuah kereta yang dipandu oleh salah
00:27seorang individu yang terlibat dalam insiden berkenaan.
00:30Susulan kejadian itu, polis menahan tiga individu tempatan terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita berusia antara 34 hingga 53
00:38tahun bagi membantu siasatan.
00:40Polis turut merampas sebuah kereta jenis Proton Saga dan kini sedang mengesan beberapa individu lain yang dipercayai mempunyai kaitan dengan
00:48kejadian tersebut.
00:49Siasatan awal mendapati pergaduhan itu berlaku antara pihak yang saling mengenali akibat perselisihan faham berkaitan isu pinjaman wang.
00:56Mangsa yang mengalami patah kaki kanan kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan dilaporkan berada dalam keadaan
01:03stabil.
01:03Hasil ujian saringan air kencing mendapati ketiga-tiga suspek negatif dadah manakala siamakan juga mendapati mereka tidak mempunyai rekod jenayah
01:11lampau.
01:12Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanung Keseksaan kerana berusuh dan Seksyen 307 Kanung Keseksaan kerana cubaan membunuh.