00:00Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov berkata setakat ini hubungan antara Rusia dan Amerika Syarikat kekal tegang walaupun beliau menghadiri mesyuarat
00:07Menteri-Menteri Luar Kumpulan 20 ataupun G20 di Bandar Atlanta Amerika Syarikat.
00:12Katanya secara praktikal tiada kemajuan sebenar dalam hubungan dengan Amerika Syarikat dilihat setakat ini.
00:19Beliau menambah tidak sepatutnya ada ilusi mengenai perjanjian diesel merujuk kepada perjanjian Amerika dengan Kremlin untuk membatalkan sementara sekatan bagi
00:28membolehkan pembelian bahan api diesel Rusia dengan tujuan mengurangkan harga stesen minyak.
00:33Bagaimanapun Lavrov berkata isu-isu asas tidak diselesaikan, sekatan masih kekal, semua sekatan yang dikenakan oleh bekas Presiden Joe Biden
00:41diteruskan oleh petakbiran semasa dan sekatan tambahan sedang dikenakan ke atas syarikat gergasi minyak Lukoil dan Rosnev.
00:48Mengenai rundingan tiga hala yang dirancang antara Ukraine, Amerika Syarikat dan Rusia, Lavrov berkata kedudukan rundingan adalah jelas.
00:57Kremlin baru-baru ini memberikan bayangan delegasi berhasrat untuk bertemu pada pertengahan November di Abu Dhabi, Ibu Negara Emirat Arab
01:03Bersatu UAE bagi meneruskan perbincangan mengenai kemungkinan penyelesaian damai yang telah terganggu selama berbulan-bulan.
01:10Pada masa yang sama, Lavrov dengan keras mengkritik rakan sejawatnya dari Jerman, Johan Wehdeful, yang dituduhnya mengamalkan diplomasi foto keluarga.
01:19Terima kasih telah menonton!
01:21Terima kasih telah menonton!
01:23Terima kasih telah menonton!