Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Adly Zahari akui cabaran kerjasama BN-PN, namun optimis rekod khidmat lapan tahun mendapat sokongan pengundi. Laporan Seth Akmal, Astro AWANI.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerjasama Barisan Nasional dan Perikatan Nasional diakui memberi cabaran kepada penyandang kurusi Dewa Undangan Negeri Don Bukit Katil.
00:08Calon Pakatan Harapan PH Datuk Seri Aldi Zahari berkata beliau tidak memandang ringan persaingan kali ini termasuk kehadiran calon parti
00:17bersama dan bebas.
00:20Bagaimanapun, bekas Ketua Menteri Melaka itu menyerahkan kepada pengundi untuk menilai rekod perkhidmatannya sepanjang 8 tahun termasuk ketika menerajui pentadbiran
00:29negeri selama 22 bulan.
00:31Memang saya tak nafikan bahawa model politik yang kita hadapi berbeza-beza daripada satu masa ini tahun ataupun penggal ketiga
00:41saya menyertai pilihan raya dan memang ini antara cabaran yang agak kuat juga
00:47kerana kita tahu bahawa kerjasama antara BN dan juga PN dan kalau kita lihat kita juga ada calon daripada bersama
00:53dan juga calon daripada bebas.
00:56Dan saya tak nafikan bahawa semua itu tidak dipandang rendah tetapi tugas kita di Don Bukit Katil ini adalah kita
01:05telah memberikan khidmat selama 8 tahun dan kita pun pernah menjadi kerajaan 22 bulan.
01:10Jadi kita memang serahkan kepada rakyat untuk menilai segala usaha yang telah kita buat.
01:15Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas proses penamaan calon Don Bukit Katil di Dewan Tun Ali pada Sabtu.
01:23Adli yang juga timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Amanah, berharap diberi peluang meneruskan khidmat bagi penggal ketiga.
01:30Antara keutamaannya ialah melengkapkan perancangan pendidikan digital untuk golongan muda dan usahawan selain kemudahan kesihatan yang masih belum disiapkan.
01:38Kalau saya diberikan mandat memang fokus utama saya adalah untuk lengkapkan pendidikan digital untuk anak-anak kita di Don Bukit
01:47Katil termasuk kepada usahawan-usahawan kita.
01:50Dan kita tahu bahawa kita juga sedang berusaha untuk melengkapkan poliklinik kesihatan kita.
01:57Kita sudah dapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan.
02:02Pada PRN kali ini Adli berdepan pertandingan empat penjuru menentang calon PN Muhammad Ridzuan Muhammad Sharif, calon parti bersama Dr.
02:10Aliza Cik Amran serta calon bebas Abu Bakar Sabuddin.
02:13SPR menetapkan 14 November sebagai hari pengundian bagi PRN Melaka ke-16.

Recommended