00:00Ancaman tarif 100% yang diumum Presiden Amerika Syarikat Donald Trump terhadap import semikonduktor menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pemain industri.
00:10Ketua MBSB Research Imran Yassin Mat Yusof berkata, walaupun ia masih dalam bentuk ugutan politik, amaran itu memberi isyarat bahawa kemungkinan pelaksanaan tarif tersebut bukan sesuatu yang mustahil.
00:25Keadaan ini boleh mencetuskan ketidaktentuan dalam kalangan syarikat semikonduktor global dan mendorong mereka menilai semula strategi pelaburan serta lokasi operasi.
00:37Kos pengeluaran yang kurang kompetitif di Malaysia berisiko mendorong pelabur untuk mempertimbangkan pemindahan operasi ke lokasi lain.
00:46Namun, fasiliti sedia ada di Malaysia masih mempunyai potensi besar untuk memenuhi permintaan pasaran global selain Amerika Syarikat.
00:54Beliau menjelaskan syarikat mungkin akan mewujudkan dua jenis fasiliti, satu di Amerika Syarikat bagi mengelak tarif dan satu lagi di Malaysia untuk kekal melayani pasaran Asia dan global yang lain.
01:07Tambahnya proses membina fasiliti semikonduktor bukanlah sesuatu yang cepat.
01:11Kami difahamkan ia mengambil masa antara 18 hingga 24 bulan untuk membina satu fasiliti pembuatan.
01:19Ini juga selepas lokasi telah dikenal pasti jadi ia akan mengambil masa yang agak lamalah daripada situ.
01:25Apa yang kita lihat, banyak syarikat-syarikat cuma memberikan komitmen untuk belabur.
01:32Mungkin ini akan mengurangkan sikit risiko dikenakan 100% tarif.
01:38Di samping itu, seperti saya katakan, Malaysia perlu mempercepatkan pelaksanaan strategi semikondata nasional
01:44dan menawarkan insetif pelaburan yang lebih menarik untuk bukan sahaja kegalkan pelabur
01:49tetapi juga menarik pelaburan baru yang mungkin bukan sahaja untuk pasaran Amerika Syarikat
01:55tetapi juga pasaran-pasaran yang lain.
01:59Beliau berkata demikian dalam program Niaga Awani pada Jumaat.
02:03Terima kasih telah menonton!