• 5 minutes ago
India dan Amerika Syarikat semakin hampir mencapai persetujuan perdagangan baharu yang dijangka mengurangkan kadar tarif import serta memperkukuh hubungan ekonomi kedua-dua negara.
Transcript
00:00India dan AS semakin hampir memutamatkan perjanjian perdagangan yang sekian lama dirundingkan.
00:06Menurut Menteri Perdagangan India P.U.S. Goyal pada Jumaat, perjanjian itu dijangka membantu India mengelakkan kadar tarif import lebih
00:14tinggi yang dicadangkan Washington terhadap produk negara itu.
00:21AS sebelum ini mencadangkan tarif sebanyak 25% ke atas barangan India namun bersedia menurunkannya kepada 17% sekiranya perjanjian
00:31perdagangan dimuktamadkan.
00:33Kadar itu juga lebih rendah berbanding 18% yang dipersetujui dalam rangka kerja rundingan perdagangan pada Februari lalu.
00:41AS merupakan pasaran ekspor terbesar India dengan ekspor barangan ke negara itu meningkat 14.5% kepada 59.5 bilion
00:53dolar AS bagi tempoh April hingga Oktober.
00:57Bagaimanapun kegagalan mencapai perjanjian berkenaan dikuatiri menjejaskan perniagaan, keyakinan pasaran serta nilai mata wang rupi India.
01:05India turut mahu beberapa produk pertanian utama termasuk tenusu, ayam, beras dan gandum dikecualikan daripada komitmen membuka pasaran kepada AS.

Recommended