• 6 minutes ago
Tindakan tiga lelaki bersenjatakan parang dan tukul besi menyamun sebuah kedai emas di Bandar Teknologi Kajang mencetuskan usaha memburu suspek oleh polis.
Transcript
00:00Tiga lelaki bersenjatakan parang dan tukul besi kini diburu polis selepas dipercayai terlibat dalam kejadian samon sebuah kedai emas di
00:09sebuah pasaraya di Bandar Teknologi Kajang pada Jumaat.
00:12Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Nazron Abdul Yusuf berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 2.23
00:20minit petang.
00:23Dalam kejadian itu ketiga-tiga suspek yang memakai topi keledar dipercayai melarikan diri selepas melakukan samon menggunakan dua motosikal.
00:31Beliau berkata jumlah kerugian akibat kejadian berkenaan masih belum dapat dipastikan dan sedang dalam siasatan.
00:39Menurutnya polis sedang menjalankan usaha mengesan serta memberkas ketiga-tiga lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu.
00:47Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Palang 397 Kanun Keseksaan.

Recommended