• 4 minutes ago
Sabah Electricity melaksanakan catuan bekalan elektrik di Pantai Timur Sabah melalui penyelarasan jadual giliran bagi membolehkan pengguna menerima bekalan secara bergilir susulan kejadian menara penghantaran elektrik T313 tumbang di Ranau, pada Khamis.
Transcript
00:00Seterusnya, Sabah Electricity melaksanakan catuan bekalan elektrik di pantai timur Sabah melalui penyelarasan jadual giliran bagi membolehkan pengguna menerima bekalan
00:10secara bergilir susulan kejadian menara penghantaran elektrik tumbang di Ranau pada Kamis.
00:16Sabah Electricity dalam kenyataan hari ini memaklumkan empat daerah yang terlibat dengan catuan sejak pagi tadi ialah Sandakan, Tawau, Samporna
00:24dan Lahat Datu.
00:27Sementara itu, Sabah Electricity membawa masuk set jana kuasa bergerak ke pantai timur Sabah pagi ini bagi memperkukuhkan kapasiti penjanaan
00:36di kawasan terbabit dan menyalurkan bekalan elektrik ke lebih banyak kemudahan penting.
00:41Set jana kuasa bergerak itu membolehkan bekalan elektrik disalurkan kepada hospital, sekolah, ibu pejabat polis daerah IPD dan loji rawatan
00:49air bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan kepada masyarakat.
00:53Dalam hari itu, pengarah pendidikan negeri Abidin Marjan mengesahkan semua sekolah di pantai timur Sabah beroperasi seperti biasa pada Jumaat,
01:02manakala peperiksaan seja pelajaran Malaysia SPM akan disambung semula pada Isnin selepas tiada peperiksaan dijadualkan berlangsung pada hari ini.
01:10Pada Khamis, insiden menara T313 Tumbang memutuskan dua lita talian penghantaran dari pantai barat ke pantai timur Sabah dan telah
01:19menjejaskan lebih 153,000 pengguna berdaftar di lapan daerah.
01:25Sabah Electricity menyasarkan bekalan elektrik pulih selewat-lewatnya 2 Disember ini.
01:30Terima kasih telah menonton!

Recommended