• 5 minutes ago
Presiden Colombia menegaskan usaha membanteras jenayah dalam sistem penjara menerusi fasiliti baharu di Riohacha yang bertujuan mengurangkan kesesakan, memperkukuh kawalan kerajaan dan menyokong proses rehabilitasi banduan.
Transcript
00:00Laporan terbangsa Presiden Colombia, Abelardo de la Esperialla merasmikan sebuah penjara mega baharu di utara negara itu
00:07sebagai sebahagian usaha memperkukuh keselamatan dan membantras kegiatan jenayah dalam sistem penjara.
00:14Kemudahan yang dirasmikan pada Rabu itu mampu menempatkan sehingga 1,722 banduan dengan keluasan binaan kira-kira 36,000 meter
00:23persegi.
00:26Penjara berkenaan merupakan penjara mega pertama yang dibuka di bawah pentadbiran beliau manakala pembinaan yang bermula pada 2020
00:32menerusi pelan nasional bagi memodernkan infrastruktur penjara Colombia.
00:37Dalam ucapannya, Dila Esperialla berkata, kemudahan itu akan meningkatkan kapasiti penempatan banduan serta memperbaiki keadaan tahanan di wilayah berkenaan.
00:45Beliau turut menegaskan komitmennya untuk memastikan institusi penjara berada di bawah kawalan kerajaan, bukannya dikuasai kumpulan jenayah.
00:52Menurutnya, kegiatan jenayah seperti pemerasan dan ugutan yang dilakukan dari dalam penjara tidak boleh terus berlaku,
00:59termasuk dengan kemungkinan wujudnya kecuaian atau penglibatan pihak yang bertanggungjawab mengawasi banduan.
01:05Beliau berkata, keadaan penjara yang lebih teratur dan tidak susah penting bagi memastikan hak serta maruah banduan terpelihara
01:11selain menyediakan peluang untuk proses pemulihan dan rehabilitasi.

Recommended