00:00Dalam pada itu, Suruhanjaya Pilihan Raya SPR sudah mendapatkan pandangan Jabatan Peguam Negara AGC berhubung kemungkinan gabungan parti Sarawak GPS
00:08membentuk kerajaan negeri lebih awal sekiranya memenangi sekurang-kurangnya 42 kerusi dun tanpa bertanding.
00:15Pengurusi SPR, Datuk Sri Ramlan Harun berkata, kerana itu masih dalam semakan bagi memastikan sebarang tindakan mematuhi peraturan dan undang
00:23-undang pilihan raya.
00:24Katanya, keseluruhan proses pilihan raya perlu dilaksanakan sebelum sebarang pengumuman lanjut dibuat.
00:30Beliau berkata demikian selepas meninjau persiapan pusat penamaan calon Dun Samariang pada Jumaat.
00:36Ramlan pada masa sama mengesahkan calon tunggal yang bertanding di sesuatu kawasan akan diisytiharkan menang tanpa bertanding.
00:44GPS berminim mengumumkan senarai calon bagi kesemua 82 kerusi Dun, manakala beberapa parti nasional termasuk BN, PKR, PAS, Amanah dan
00:53Bersatu
00:54mengesahkan tidak bertanding.
00:55DAP pula mengumumkan 12 calon, manakala parti tempatan seperti PBDS, PBK dan PBM
01:02turut menyatakan hasrat bertanding di sejumlah kerusi.
01:06GPS memerlukan sekurang-kurangnya 42 daripada 82 kerusi Dun bagi membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah.