• 4 minutes ago
Perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2027 peringkat jawatankuasa berakhir pada Khamis selepas berlangsung selama 14 hari dengan penyertaan Ahli Parlimen daripada pelbagai kawasan, diakhiri dengan penggulungan Kementerian Belia dan Sukan.
Transcript
00:00Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Belanjawan 2027, Peringkat Jawatan Kuasa berakhir semalam selepas berlangsung selama 14 hari dengan penggulungan Kementerian
00:10Belia dan Sukan.
00:12Timbalan yang dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr. Ramli Muhammad Nur mengumumkan kelulusan selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan
00:19kedua, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
00:23Belanjawan kelima kerajaan Madani itu melibatkan peruntukan kerajaan RM459.8 bilion selain pelaburan GLIC RM25 bilion, pelaburan awam swasta RM11
00:34bilion serta RM14.2 bilion daripada Badan Berkadun dan Syarikat MKD.
00:40Keseluruhan peruntukan dan pelaburan belanjawan 2027 mencucah RM510 bilion meneruskan dasar fiskal mengembang kerajaan.
00:48Antara isu utama sepanjang perbahasan ialah penyeludupan dadah melalui pangkalan tentera udara di Raja Malaysia, sindiket penipuan atau skam, buli,
00:57penderaan seksual kanak-kanak serta kawalan keselamatan sempadan negara.
01:01Isu pelarian Rohingya turut mendapat perhatian apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Turki tidak bersedia menerima 10,000
01:08pelarian Rohingya dari Malaysia.
01:09Anwar berkata Malaysia menghormati keputusan mahkamah keadilan antarabangsa berhubung Janosat Rohingya manakala rundingan dengan Myanmar bertujuan memastikan kepulangan pelarian secara
01:18selamat dan bermaruah.
01:20Kerajaan turut memaklumkan seramai 10,476 rakyat Myanmar telah dihantar pulang setakat ini dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh negara berkenaan.
01:28Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasrutya Insmail pula menedahkan sebanyak 21 transaksi penyeludupan dadah dikesan melalui pengkalan TUDM Labuan
01:36dan Tawau sejak Ogos 2024 melibatkan 3 tan metafatamin bernilai RM156 juta.
01:43Sementara itu, Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadil memaklumkan sebanyak 40,214 kandungan berunsur buli dan 55 kandungan jelit melampau
01:51melibatkan kanak-kanak diturunkan dari media sosial antara 1 Januari hingga 15 November.
01:56Persidangan Dewa Rakyat berlangsung selama 37 hari sehingga 8 Dezember ini.

Recommended