• 5 minutes ago
Lebih 400 penerbangan dibatalkan di Belgium susulan mogok kebangsaan yang disertai pengawal trafik udara bagi membantah langkah penjimatan kerajaan, sekali gus menjejaskan lebih 50,000 penumpang dan operasi pengangkutan awam.
Transcript
00:00Perkembangan seterusnya, lebih 400 penerbangan dibatalkan di Brussels, Belgium, susulan mogok kebangsaan yang disertai pengawal trafik udara.
00:09Tindakan itu menyebabkan lebih 50,000 penumpang terjejas, manakala operasi penerbangan di lapangan terbang utama negara itu turut digantung selama
00:1914 jam.
00:22Lapangan terbang Brussels memaklumkan tiada penerbangan dapat beroperasi antara jam 7 pagi hingga 9 malam waktu tempatan susulan tindakan mogok
00:32berkenaan.
00:34Jurucakap lapangan terbang Brussels, Jeffrey Francis berkata sebanyak 404 penerbangan dibatalkan sekaligus menjejaskan lebih 50,000 penumpang.
00:50Staf of Skies as the air traffic controller in Belgium takes part in this trade union action and that means
00:56that there are no flights possible between 7am in the morning and 9pm in the evening.
01:01So in total 404 flights today can be operated which has an impact on more than 50,000 passengers and
01:09we regret of course the impacted risk on them, on our passengers.
01:12Operasi di lapangan terbang Sharloa juga terjejas dengan penumpang dinasihatkan menghubungi syarikat penerbangan masing-masing bagi urusan penjadualan semula.
01:23Mogok itu menyebabkan ramai penumpang terkandas termasuk mereka yang dalam perjalanan sambungan ke destinasi lain.
01:29Mogok yang dianjurkan Kesatuan Pekerja Utama Belgium itu merupakan bantahan terbaharu terhadap reformasi kerajaan persekutuan melibatkan pencin, gaji dan syarat
01:40pekerjaan.
01:41Tindakan berkenaan turut menjejaskan pengangkutan awam dengan gangguan besar dilaporkan membabitkan perkhidmatan bas, tram dan metro.
01:50Pihak berkuasa juga memberi amaran mengenai penutupan jalan serta kesesakan trafik di sekitar Brussels.
01:56Terima kasih telah menonton!

Recommended