• 2 minutes ago
Sambutan Hari Menangani Keganasan terhadap Wanita 2026 di Menara Kuala Lumpur menyeru masyarakat agar berani bersuara apabila mengetahui berlakunya penderaan dan membantu mangsa mendapatkan sokongan. Ikrar digital turut dilancarkan bagi menegaskan pendirian toleransi sifar terhadap keganasan.
Transcript
00:00Sambutan hari menangani keganasan terhadap wanita EVAW 2026 di Menara Kuala Lumpur membawa seruan agar masyarakat berani bersuara apabila mengetahui
00:10berlakunya penderaan dan membantu mangsa mendapatkan sokongan.
00:14Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Lim Huiying berkata daripada 5,862 kes keganasan rumah tangga yang direkodkan polis
00:25antara Januari hingga September tahun ini, 4,411 kes melibatkan mangsa wanita.
00:35Sambutan yang membawa seruan bersuara lah notahkan keganasan terhadap wanita itu. Persempena kempen 16 hari aktivisma menentang keganasan berasaskan gender
00:45yang berlangsung dari 25 November hingga 10 Disember.
00:49Hari ini kita juga telah melancarkan satu ikrah digital. Apa itu ikrah digital? Ikrah digital itu toleransi sifar keganasan terhadap
00:59wanita.
01:00Toleransi sifar keganasan bermana kita memilih untuk menghormati maruah, keselamatan dan hak setiap wanita dalam kehidupan seharian.
01:10Ikrah ini menjadi satu peringatan kepada semua bahawa kita perlu lebih berani menegur sikap dan juga amalan yang membuka ruang
01:20kepada keganasan.
01:21Sambutan itu turut mengetengahkan isu penderaan kewangan antaranya apabila wanita dihalang daripada mengakses akaun bank sendiri atau dipaksa membuat pinjaman
01:30atas nama mereka.
01:31Di peringkat komuniti, Jabatan Pembangunan Wanita JPW menerusi program Aku Wanita LIS KRT membantu orang ramai mengenali tanda awal penderaan
01:41dan mengetahui saluran bantuan.
01:43Jadi KPWKM melalui JPW telah menyantuni wanita dan mangsa keganasan dengan memberikan fokus utama kepada usaha menerjemahkan evokasi kepada tindakan,
01:58sokongan dan permekasaan.
02:00Kita ada sebanyak 144 program yang telah memanfaatkan lebih kurang 37,000 peserta telah dilakukan.
02:11Bagi mangsa yang memerlukan bantuan selepas krisis, program Santung Kasih Pemandiri dan Inisiatif Prisma Nita menyediakan sokongan psikososial dan rujukan
02:20kepada agensi mengikut keperluan mereka.
02:22Sebagai tanda solidariti, sambutan itu turut menampilkan pencahayaan oran di Menara Kuala Lumpur menerusi kempen Orange Team Nation.
02:30Mangsa yang memerlukan bantuan boleh menghubungi talian kasih 15999 yang beroperasi 24 jam.

Recommended