• 4 minutes ago
Malaysia menerusi NADMA diberi kepercayaan menyelaras projek kerjasama pengurusan bencana ASEAN-China bernilai kira-kira RM19.7 juta hingga Oktober 2028 di bawah Pelan Kerja 2026-2030.
Transcript
00:00Perkembangan seterusnya Malaysia menerusi agensi pengurusan bencana negara NADMA diberi kepercayaan menyelaras projek kerjasama pengurusan bencana ASEAN-Cina bernilai kira
00:11-kira RM19.7 juta yang dilaksanakan hingga Oktober 2028.
00:17Dan perkara itu disampaikan Timbalan Perdana Menteri Dato' Sri Ahmad Zaid Hamidi di Tangerang, Indonesia sempena mesyuarat Menteri-Menteri berkaitan
00:27pengurusan bencana serantau.
00:31Menurut Ahmad Zaid, pelan kerjasama ASEAN-Cina bagi tempoh 2026 hingga 2030 mendapat peruntukan daripada China bagi penyelarasan pengurusan bencana
00:42termasuk latihan, teknologi amaran awal dan bantuan rentas sempadan.
00:47Pelan yang direcanakan ini untuk tahun 2026 hingga tahun 2030 mendapat peruntukan yang agak lumayan daripada China bagi Malaysia mengadakan
01:01penyelarasan pengurusan bencana di kalangan negara-negara ASEAN dan China
01:05termasuk dalam bidang latihan dan juga penggunaan teknologi terbaru dari segi memberikan amaran awal untuk kawasan-kawasan yang dijangka dilanda
01:21bencana dan juga kerjasama di kalangan negara ASEAN untuk memberikan bantuan rentas sempadan.
01:27Beliau menjelaskan kepercayaan itu disokong oleh kemudahan latihan negara serta pengiktirafan kumpulan penasihat mencari dan menyelamat antarabangsa
01:37di bawah pertubuhan bangsa-bangsa bersatu PBB terhadap keupayaan NADMA dan pasukan SEMAT.
01:42Ini merupakan kepercayaan yang utama yang pada hemat saya harus dinahodai oleh Malaysia atas kepercayaan ini.
01:52Projek bernilai kira-kira RM19.7 juta yang kemajuannya dibentangkan pada mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN China
02:00mengenai pengurusan bencana ke-6 merangkumi latihan petugas, sokongan ICT serta sistem penyelarasan dan arahan operasi kecemasan termasuk aplikasi mudah
02:10alih.
02:11Selain itu, tiga pelan kerja pengurusan bencana 2026-2030 turut dilancarkan bersama China, Jepun dan Republik Korea
02:18menekala kerjasama dua hala dengan Republik Korea diteroka termasuk latihan bersama dan program prestij pengurusan bencana.
02:27Ahmad Zahid berada di Indonesia bagi lawatan kerja 5 hari dari 23 hingga 27 November 2026
02:34yang memfokuskan kerjasama pembangunan luar bandar di Bali
02:38serta mesyuarat pengurusan bencana serantau di sekitar Jakarta dan Tangerang.

Recommended