00:00SpaceX menerima kelulusan untuk melancarkan sehingga 1 juta satelit ke orbit bumi bagi membangunkan pusat data kecerdasan buatan atau AI
00:09di angkasa lepas.
00:11Kelulusan itu diberikan oleh Suranjaya Komunikasi Persekutuan Amerika Syarikat atau FCC menerusi projek yang dikenali sebagai StarMind.
00:21Pengurusi FCC Brandon Carr berkata, langkah memindahkan kapasiti pengkomputeran ke angkasa merupakan antara pendekatan baharu bagi memenuhi permintaan terhadap teknologi
00:32AI yang semakin berkembang.
00:33Penyokong projek itu percaya pusat data di angkasa dapat memanfaatkan tenaga surya secara berterusan selain mempunyai potensi penyejukan yang lebih
00:43efisien berbanding kemudahan di bumi.
00:45Kelulusan tersebut turut membuka jalan kepada pelaksanaan konsep yang sering dipromosikan oleh pemilik SpaceX Elon Musk.
00:53Namun, projek berkenaan berdepan cabaran besar termasuk membina panel surya berskala besar, sistem penyejukan canggih dan teknologi penghantaran data berkelajuan
01:02tinggi.
01:02Di bawah syarat FCC, SpaceX perlu menempatkan 10% daripada jumlah satelit yang diluluskan menjelang November 2035.
01:11Jumlah itu perlu meningkat kepada 50% menjelang November 2038.
01:17Projek StarMine dilihat berpotensi mengubah landscape pengkomputeran global sekiranya berjaya direalisasikan pada skala yang dirancang.
01:26We will not be showing any stage 2 or deployment views today at the request of our