00:00Dua anggota keselamatan dalaman Syria terbunuh, manakala lima lagi cedera dalam serangan yang didakwa dilancarkan kumpulan militan ISIS di bandar
00:09Hasakah, Timur Laut Negara itu.
00:12Menurut Ketua Keselamatan Dalaman Wilayah Hasakah, Marwan Al-Ali, serangan itu menyasarkan sebuah kemudahan keselamatan di kawasan Al-Mushairifah.
00:21Laporan media tempatan mendedahkan satu letupan kuat kedengaran di kawasan berkenaan sebelum pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan penyerang.
00:30Siasatan awal mendapati letupan itu berpunca daripada sebuah motosikal yang dipasang bahan letupan dan diletakkan di pintu masuk pos keselamatan
00:38tersebut.
00:39Pasukan keselamatan dalaman Syria kemudiannya melancarkan siasatan bagi mengenalpasti pihak yang terlibat dalam serangan itu.
00:47Insiden berkenaan berlaku ketika pihak berkuasa terus menjalankan operasi memburu ahli ISIS yang masih aktif di beberapa kawasan negara itu.
00:55Walaupun kehilangan kawasan pegangan utama sejak beberapa tahun lalu, ISIS masih dilaporkan berupaya melancarkan serangan terpencil terhadap pihak berkuasa.
01:04Sejak kejatuhan pemerintahan Bashar al-Assad pada Disember 2024, operasi keselamatan terhadap kumpulan itu dipertingkatkan di seluruh Syria.
01:13Pada November 2025, Syria turut menyertai Pakatan Antarabangsa, pimpinan Amerika Syarikat bagi memerangi ISIS di Syria dan Iraq.