00:01Sebanyak 374 syarikat perusahaan kecil dan sederhana serta syarikat peringkat pertengahan tempatan telah menerima manfaat menerusi Dana Pembangunan Industri Baharu
00:10atau NIDF setakat Oktober tahun ini.
00:14Menurut Kementerian Pelaburan Perdagangan Industri Miti, dana tersebut diwujudkan bagi menyokong pelaksanaan Pelan Induk Perindustrian Baharu NIMP 2030 dan agenda
00:24Made by Malaysia.
00:28Miti berkata sokongan yang diberikan meliputi usaha meningkatkan keupayaan teknologi, memperkukuh kapasiti pengeluaran dan menggalakkan inovasi dalam kalangan syarikat tempatan.
00:39Inisiatif itu juga bertujuan membantu syarikat membangunkan produk yang mempunyai reka bentuk, teknologi dan harta intelek milik tempatan.
00:47Menurut Miti, program berkenaan memberi peluang kepada syarikat meningkatkan daya saing dan memperluas penyertaan dalam rantaian nilai domestik dan global.
00:56Usaha tersebut teruk membantu syarikat tempatan beralih daripada hanya menjadi pengeluar kepada pemilik teknologi, reka bentuk dan jenama sendiri.
01:05Penjelasan itu diberikan dalam jawapan bertulis di Parlimen bagi menjawab soalan Dato' Ahmad Amzad Mohamed Alaiz Hashim PN Kuala Terengganu
01:13mengenai pelaksanaan agenda Made by Malaysia.
01:16Kerajaan yakin pendekatan itu mampu memperkukuh daya tahan sektor perindustrian negara dan meningkatkan nilai tambah ekonomi Malaysia pada masa hadapan.