• 11 minutes ago
Waris mangsa tragedi di Nepal masih berusaha menerima kenyataan kehilangan insan tersayang, mengharungi pelbagai cabaran dan dalam reda, terus mengharapkan keajaiban.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Redo dengan ketentuan takdir, namun jauh di sudut hati masih mengharapkan keajaiban.
00:05Itu perasaan yang dikongsi waris mangsa tragedi di Nepal yang sehingga kini masih berusaha menerima kenyataan kehilangan insan tersayang.
00:14Di sebalik kehilangan itu, ada kenangan yang sukar dilupakan, ada juga amanah yang masih perlu ditunaikan.
00:23Bagi Nur Liana Ismail, 40 tahun, sukar untuk membayangkan kehidupan mendatang tanpa kehajiran adik lelakinya, Muhammad Haziq Ismail.
00:33Berusia 36 tahun, Haziq merupakan seorang jurutera dengan kepakaran dalam bidang kabel dasar laut yang baru hendak membina kerjanya.
00:41Namun, di mata keluarga, Haziq lebih dikenali sebagai seorang adik yang ceria, gemar memasak dan manja dengan adik-beradiknya.
00:49If I am given the chance, I want him back. I don't want all this, I want her.
00:54Kalau yang berhati, Haziq pun, macam mana karakternya?
00:59Dia seorang yang happy go lucky, sangat suka memasak untuk family members, sangat manja lah dengan adik-beradik.
01:13So, it's not easy for us.
01:18Untung, I mean, dia pun macam baru nak start career dia kan, so I think it's too young.
01:26But kalau memang inilah dia punya takdir kami, eh, tak.
01:36Tapi, up till now, I think my family, we are still digesting, kita pun selalu cakap macam macam macam mana
01:42kita nak hidup for a few years tanpa adik, eh.
01:48So, it's not easy lah.
01:51Berbeza pula kisahnya bagi Nurulhani Uthman, 44 tahun, isteri kepada Muhammad Fakhrul Munir Muhammad Isa.
01:57Selepas 10 tahun melayari bahtera perkahwinan, dia kini berdepan pelbagai cabaran, khususnya dari segi kewangan.
02:05Antara yang ingin diselesaikannya adalah amanah yang ditinggalkan suami menerusi pesanan terakhir kepadanya.
02:10Actually, last message daripada suami saya pun dia ada bagitahu yang dia, sebenarnya dia mesej, last message dia dia cakap
02:20dekat saya, tolong cek apa hutang dia, dia nak bayar.
02:26Tapi, saya cuma reply the next day tu.
02:31Which is, dia pun tak sempat.
02:33Itu sebab tu sekarang ni memang saya, kalau benda ni macam nak benda tu settle, proses-proses ni berlaku, settle
02:41je dengan cepat so that saya boleh settlekan apa yang pending di pihak dia.
02:47Mereka berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Penyerahan Bantuan kepada Keluarga Mangsa Banjir dan Tanah Runtuh di Nepal, di
02:54Menara Perkisur di Ibu Negara pada Rabu.

Recommended