• 3 minutes ago
Pentadbiran Donald Trump mencadangkan tarif baharu sehingga 20 peratus ke atas import dari China dan 15 peratus ke atas produk tertentu dari Kesatuan Eropah.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bertemu kembali, pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mencarangkan pelaksanaan tarif baharu ke atas import dari 14 rakan dagang utama
00:08termasuk Kesatuan Eropah dan China.
00:11Menurut wakil perdagangan Amerika Syarikat, Jameson Grier, tarif ke atas produk tertentu dari Kesatuan Eropah dicarangkan naik kepada 15%.
00:23Bagi China pula, tarif ke atas sebahagian barangan boleh meningkat sehingga 20% di bawah carangan terbaru itu.
00:30Langkah sama turut melibatkan India, Jepun, Switzerland, Taiwan, Thailand, Vietnam, Bangladesh, Kemboja, Indonesia, Korea Selatan, Malaysia dan Singapura.
00:42Grier berkata ramai rakan dagang Amerika Syarikat telah menggunakan dasar industri yang memberikan kelebihan kepada pengeluaran tempatan masing-masing sekaligus
00:50menjejaskan daya sains sektor pembuatan Amerika.
00:53Sejak kembali memimpin White House pada Januari 2025, Donald Trump menjadikan dasar tarif sebagai antara teras utama strategi ekonominya bagi
01:02merangsang pengeluaran dalam negara dan melindungi pekerjaan rakyat Amerika.
01:07Bagaimanapun, sebahagian besar tarif yang diperkenalkan sebelum ini telah dibatalkan oleh Mahkamah Agong Amerika Syarikat.
01:14Carangan terbaru itu akan menjalani proses pendengaran terlebih dahulu dan tidak dijangka berkuatkuasa sebelum Januari tahun depan.
01:22Langkah berkenaan turut meningkatkan tekanan terhadap rakan dagang Washington menjelang sidang kemuncak G20 di Miami pada Disember depan.
01:29Terima kasih telah menonton!

Recommended