Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata kerajaan komited memastikan sekolah, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman, menikmati capaian internet yang stabil dan berkualiti bagi menyokong agenda pendidikan digital negara.
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Transcript
00:00Puan Yang Pertua, Kerajaan komited dalam memastikan sekolah khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman
00:05menikmati capaian internet yang stabil dan berkualiti bagi menyokong agenda pendidikan digital negara.
00:12Dalam hubungan ini, kejayaan pembangunan infrastruktur digital bukan hanya diukur berdasarkan capaian kadar liputan
00:22malah turut mengambil kira kualiti perkhidmatan yang dinikmati oleh pengguna, termasuk warga sekolah.
00:28Untuk makluman Alia Muhammad, berdasarkan data semasa, dari 10,259 buah sekolah di seluruh negara
00:36bawah Kementerian Pendidikan, sebanyak 10,207 telah mempunyai liputan rangkaian 4G bersamaan dengan 99.5%
00:45kadar liputan kawasan berpenduduk. Kerajaan melalui MCMC akan terus memantau dan memperkukuh penyediaan
00:53infrastruktur komunikasi bagi memastikan bagi sekolah yang belum mendapat liputan turut diberi perhatian
00:59ke arah mencapai kesaling hubungan digital yang menyeluruh. Bagi memastikan objektif ini tercapai,
01:05Kementerian Komunikasi memberi tumpuan kepada tiga aspek utama. Pertama, pembangunan infrastruktur digital
01:10yang mana Kementerian Komunikasi melalui MCMC sedang melaksanakan projek jendela kumpulan 1
01:16secara berperingkat mulai November ini sekarang melibatkan pembangunan seribu tapak di seluruh negara
01:22termasuk 12 tapak di negeri Johor. Pelaksanaan jendela 2 tidak dikhususkan kepada penyediaan
01:28capaian internet di sekolah sebaliknya memberi keutamaan kepada kawasan berpenduduk khususnya di kawasan
01:34luar bandar dan pedalaman yang masih belum mendapat liputan komunikasi. Pemilihan teknologi bersesuaian
01:40atau fit for purpose mengambil kira faktor kepadatan penduduk, bentuk muka bumi serta
01:46ketersediaan infrastruktur sedia ada. Bagi penyediaan infrastruktur gentian optik berhampiran
01:52sekolah pula, Kementerian Komunikasi melaksanakan projek Point of Presence ataupun POP dengan kos
01:58keseluruhan RM4.6 bilion. Infrastruktur ini bukan hanya menyokong keperluan sekolah, malah turut
02:05memanfaatkan premis kerajaan, kediaman dan komuniti setempat dalam lingkungan radius 2.5
02:10hingga 3 km dengan tawaran kelajuan sehingga 1 gbps. Hingga November ini, status pelaksanaan
02:18projek POP adalah seperti berikut. Fasa 1, semua 677 lokasi telah siap sepenuhnya termasuk
02:25630 lokasi berhampiran sekolah dan fasa 2 sebanyak 99.07% iaitu 2,985 dari 3,013 lokasi yang
02:39berhampiran sekolah telah siap. Manakala bakinya dijangka siap sepenuhnya pada 31
02:44Disember ini. Kedua, pembahagian tanggungjawab antara Kementerian Komunikasi dengan KPM.
02:49Dalam aspek pembahagian tanggungjawab, Kementerian Komunikasi dan KPM memainkan peranan yang
02:55saling melengkapi. Kementerian Komunikasi bertanggungjawab menyediakan infrastruktur
02:58komunikasi berkelajuan tinggi. Manakala urusan perolehan dan langganan perkhidmatan
03:04internet di sekolah diuruskan sepenuhnya oleh KPM. Kami hanya boleh sediakan internet
03:08sampai ke pagar sekolah tapi dalam kawasan sekolah terpulang kepada pihak sekolah
03:13dan pihak KPM untuk memilih. Tapi melalui inisiatif POP ini, kami telah menyediakan
03:20internet yang sangat-sangat berpatutan Puan Ibu Tua, 1,000 MBPS ataupun 1 GBPS pada
03:27harga seredah RM49 sebulan. Tapi kenapa sekiranya sesuatu sekolah itu mengambil
03:33ataupun tidak, itu bukan hak Kementerian Komunikasi untuk menjawabnya.
03:37Masa sudah tamat.

Recommended