00:00Ribuan wanita turun ke jalan raya di Mexico City bagi menuntut tindakan lebih tegas terhadap kes keganasan berasaskan jantina sempena
00:07hari antarabangsa penghapusan keganasan terhadap wanita.
00:11Peserta menggesa pihak berkuasa meningkatkan usaha menangani keganasan terhadap wanita dan memastikan keadilan diberikan kepada mangsa.
00:21Perarakan bermula di Pasio de la Reforma sebelum bergerak menuju ke dataran Zocalo di pusat bandar.
00:27Barisan hadapan perarakan disertai ahli keluarga mangsa pembunuhan wanita, mangsa keganasan, kumpulan feminis, wanita pribumi dan organisasi masyarakat sivil.
00:37Menurut Amnesty International Mexico, kelemahan dari segi sumber dan kepakaran terus menghalang penyiasatan menyeluruh walaupun pelbagai undang-undang dan protokol
00:46telah diperkenalkan.
00:47Data Institut Statistik dan Geografi Kebangsaan Meksiko menunjukkan sebanyak 3,338 pembunuhan wanita direkodkan sepanjang tahun 2025.
00:58Aktivis berkata angka itu membuktikan masih banyak yang perlu dilakukan bagi melindungi wanita daripada keganasan dan diskriminasi.
01:07Perhimpunan tersebut menjadi sebahagian daripada kempen global yang menuntut dunia mengambil tindakan lebih tegas dalam menangani keganasan terhadap wanita dan
01:16kanak-kanak perempuan.
01:17Terima kasih telah menonton!