00:01Selamat pagi, salam sejahtera. Terima kasih Tuan Yang Di-Pertua.
00:05Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam selaku focal point kebangsaan kepada Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan
00:15Iklim
00:15ataupun UNFCCC telah menyelaras penyertaan delegasi Malaysia dalam persidangan negara-negara ahli ke-31
00:24ataupun KOP-31 di Antalya, Terkiye meliputi rundingan rasmi pembangunan pavilion Malaysia serta pelaksanaan siri mesyuarat dua ala.
00:34Secara keseluruhannya, penyertaan Malaysia di KOP-31 telah memberi manfaat kepada negara menerusi tiga aspek utama
00:43iaitu pertama pengukuhan akses kepada pembayaran iklim antarabangsa, yang kedua penerokaan peluang pelaburan hijau
00:51serta yang ketiga peluasan kerjasama strategik di peringkat antarabangsa.
00:57Dari aspek pembiayaan iklim, delegasi Malaysia telah terlibat secara aktif dalam rundingan berpandukan pendirian negara
01:04yang telah dipersetujui oleh Majlis Tindakan Perubahan Iklim Negara pada bulan Julai tahun ini
01:10dan disahkan oleh Jemaah Menteri dalam bulan Ogos.
01:14Antara hasil utama rundingan yang telah dipersetujui oleh negara-negara ahli ialah
01:19yang pertama pelaksanaan program kerja pembiayaan iklim ataupun Climate Finance Work Program
01:25bagi tempoh 2027 hingga 2028 untuk mengoperasikan Artikel 9.1 Perjanjian Paris
01:33yang menghendaki negara maju menediakan pembiayaan kepada negara-negara membangun.
01:39Dan yang kedua perbincangan rasmi berkaitan Artikel 2.1-C dalam konteks Artikel 9 Perjanjian Paris
01:47bagi memastikan aliran kewangan selarik dengan tindakan mitigasi dan adaptasi perubahan iklim.
01:54Selain itu, hasil rundingan turut memberikan penekanan kepada penggunaan pembiayaan berbentuk geran
02:00dan pembiayaan berkonsesi tinggi melalui Green Climate Fund,
02:04pemudahan prosedur kelulusan dan peneroran dana melalui Global Environment Facility
02:09serta pengukuhan pembiayaan bagi menangani kerugian dan kerosakan akibat perubahan iklim
02:15melalui Fund for Responding to Loss and Damage.
02:18Pendirian ini penting bagi mempul kuku akses Malaysia kepada pembiayaan iklim antarabangsa.
02:25Dari aspek pelaburan hijau, NRES telah membangunkan Pavilion Malaysia
02:29melalui kerjasama awam swasta bertemakan Climate Action Now Driving Resilient Growth
02:35yang memberikan tumpuan kepada tiga teras utama iaitu Capital Mobilization,
02:39Carbon Transition dan Community Resilience.
02:43Dalam memperkuku kerjasama antarabangsa, saya telah mengadakan mesyuarat dua halah
02:47dengan Menteri daripada Fiji, New Zealand dan juga Singapura di seleseli COP31.
02:55Secara kesimpulan, walaupun Antalya PAK tidak dipersetuju oleh negara ahli,
03:00tetapi rendingan bagi agenda-agenda lain telah mencapai kemajuan dan perkara ini
03:05akan memanfaatkan negara.
03:06Dalam hal ini, negara telah berjaya mempertahankan kepentingan negara dan Malaysia
03:11dan akan terus menyokong agenda perubahan iklim di peringkat antarabangsa
03:14melalui tindakan iklim dan memenuhi obligasi perjadian Paris
03:18seperti mengembukakan NDC 3.0, penyerahan BTR dan juga Artikel 6
03:25dan penyediaan MyNAP di bawah Artikel 6.
03:27Sekian dan terima kasih.
03:28Terima kasih.
03:29Terima kasih.