00:00Mengulas mengenai penyediaan infrastruktur internet berkelajuan tinggi di kawasan sekolah,
00:05Fahmi berkata ia bukan bermakna semua sekolah wajib melanggan perkhidmatan melalui infrastruktur yang disediakan oleh Kementerian Komunikasi.
00:13Sebaliknya, keputusan mengenai langganan dan perolehan perkhidmatan internet di sekolah adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia KPM
00:22melalui proses tender terbuka berdasarkan keperluan setempat.
00:27Dalam aspek pembahagian tanggungjawab, Kementerian Komunikasi dan KPM memainkan peranan yang saling melengkapi.
00:34Kementerian Komunikasi bertanggungjawab menyediakan infrastruktur komunikasi berkelajuan tinggi,
00:38manakala urusan perolehan dan langganan perkhidmatan internet di sekolah diuruskan sepenuhnya oleh KPM.
00:44Kami hanya boleh sediakan internet sampai ke pagar sekolah, tapi dalam kawasan sekolah terpulang kepada pihak sekolah dan pihak KPM
00:52untuk memilih.
00:52Tapi melalui inisiatif POP ini, kami telah menyediakan internet yang sangat-sangat berpatutan.