00:00Pengurusan kewangan secara cermat serta usaha membendung ketirisan membolehkan kerajaan mengekalkan subsidi minyak, menaikkan gaji penjawat awam dan menyalurkan bantuan
00:11kepada rakyat.
00:12Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim berkata, kemampuan Malaysia menawarkan harga minyak yang rendah turut menarik perhatian pemimpin negara lain.
00:30Bagaimana kita boleh pertahankan harga minyak yang terendah di dunia? Ron RM95, RM1.99. Dia tanya saya. Saya kata, tak
00:39mudah. Dia bukan percuma.
00:41Kerajaan kena tampung bayar RM40 bilion satu tahun untuk pertahankan harga minyak yang rendah. Dia bukan percuma.
00:51Bagaimana boleh kita ambil RM40 bilion, RM18 bilion ringgit untuk naik gaji penjawat awam tahun ini, RM16 bilion ringgit untuk
01:00SDR dan SARA.
01:02Sebab kita cermat dalam pengurusan kewangan. Kita elak daripada kecurian, bocor dan sebagainya.
01:11Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap di Majlis Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu kali ke-46 dan hadiah kecemerlangan pendidikan
01:19di Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu pada Khamis.
01:23Anwar dalam pada itu mempersoalkan sikap sesetengah pihak memandang ringan perbuatan mencuri apabila dilakukan individu berkedudukan tinggi sedangkan kesalahan sama
01:32dalam kalangan murid sekolah dikenakan hukuman.
01:35Katanya nilai akhlak dan adab diterapkan sejak di bangku sekolah seharusnya terus dipertahankan tanpa menyerah kedudukan seseorang dalam masyarakat.