00:003.00, Rancangan Pendidikan Malaysia.
00:03Yang mak berhormat tambun, semasa membentangkan belanjawan,
00:06ada menyebut, kita tidak bina negara untuk satu fiskal, tetapi satu generasi.
00:12Kita bukan sekadar menyediakan infrastruktur, Datuk Seri Pengurusi.
00:16Tetapi kita ada tanggungjawab untuk membina jati diri dan menerapkan nilai-nilai dalam anak-anak kita.
00:21Bersedia untuk lending ke, Mat?
00:23Baik, Datuk Seri Pengurusi.
00:24Sebagai contoh, kita harus pupuk rasa jijik anak-anak kita pada sang koruptor.
00:30dan bukannya mengangkat sang koruptor ini sebagai hero.
00:33Kita tanamkan sifat berani bersuara, sifat cintakan keamanan, sifat dahagakan keadilan.
00:39Kita pahat pada dada mereka sifat benci terhadap kezaliman, kebobrokan dan salah guna kuasa dan rasuah.
00:45Pendidikan yang baik dapat memastikan bahawa mereka yang kita didik ini akan bijak memilih pemimpin.
00:51Jangan salah pilih nanti, kesal tak sudah.
00:54Di Amerika Syarikat, kita dah nampak, dah nak lending Datuk Seri Pengurusi.
00:57Amerika Syarikat, dua tahun selepas Donald Trump menang besar,
01:02Dominokrats pula menang majoriti yang cukup besar di Kongres.
01:06Sebab apa? Sebab rakyat US sedar bahawa yang mereka pilih itu sebenarnya gagal mengurus negara.
01:11Atau kita lihat di negara jiran kita di Indonesia,
01:14saya ingat lagi sebelum ini, semasa pentadbiran Presiden terdahulu di Indonesia,
01:18Indonesia dilihat sebagai satu rising star di rantau ini.
01:21di mana Indonesia pada hari ini, mereka mengalami krisis ekonomi, rupiah melemah,
01:26bencana yang tidak dapat ditangani dan macam-macam lagi yang menimbulkan protes di seluruh negara tersebut.
01:31Kita bukan mahu cerca negara lain, tapi kita harus jadikan pengalaman di negara lain sebagai pengajaran.
01:37Pilih pemimpin yang betul. Jangan ikut rasa nanti binasa.
01:42Maka, dengan pendidikan sajalah, kita dapat jamin masa hadapan yang lebih baik untuk negara kita.
01:48Sekian, terima kasih.
01:49Terima kasih.