• 4 minutes ago
Nurfatin Syafawani Tahamat muncul sebagai muka baharu Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu, mengambil alih pencalonan daripada penyandangnya Datuk Rosey Yunus.
Transcript
00:00Usia 34 tahun bukan penghalang untuk memikul amanah sebagai wakil rakyat.
00:05Bagi calon GPS, bagi Dun Bekenu, Nur Fatin Syafawani Tahamat, anak jati kampung Kelulit,
00:13pengalaman selama 10 tahun sebagai jurutera elektrik di Sarawak Energy,
00:18menjadi nilai tambah buatnya berkhidmat kepada masyarakat.
00:22Tentunya menjadi antara calon termudah di bawah GPS, kita ada persepsi-persepsi.
00:29tapi umur itu bukan penghalang ataupun pengukur kematangan seseorang itu.
00:36Jadi yang paling penting adalah visi dan misi seseorang itu untuk berkhidmat.
00:42Jadi dengan itu kita akan buktikanlah kerja ini adalah amanah dan tongjawab.
00:49Kita akan buktikan, kita akan bekerja keras dan semoga semuanya berjalan dengan lancar nanti.
00:54Menggunakan pengalaman profesionalnya, Nur Fatin turut berhasrat memberi perhatian lebih terperinci
01:02terhadap keperluan infrastruktur dan kemudahan asas penduduk di Bekenu.
01:07Kita akan memberi lebih perhatian kepada kebajikan rakyat, memperkasakan wanita dan belia di sana.
01:15kita tidak mahu berliar di kawasan N71 ini ketinggalan.
01:19Kita mahu mereka seiring dengan kemajuan negeri Sarawak.
01:24Dan tentunya kemudahan infrastruktur dan keperluan asas.

Recommended