Ketua Penyelidik ILHAM Centre, Prof. Madya Dr. Yusri Ibrahim dan Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk berpandangan kemampuan Kerajaan MADANI mengekalkan kestabilan politik merupakan satu pencapaian, namun prestasi ekonomi yang positif belum tentu diterjemahkan kepada penerimaan pengundi. #DialogTigaPenjuru
Transcript
00:00Sebab pasca 2018, politik sudah berbeda berbanding dengan sebelumnya.
00:06Sehebat-hebat Tun M, berapa bulan saja kekal, turun Tun M selepas pada 2018.
00:13Begitu juga Tan Sri Muhyiddin pun berapa bulan saja turun Tan Sri Muhyiddin.
00:19Begitu juga dengan Datuk Seri Ismail Sabri pun tak sempat.
00:23Hanya beberapa ketika semuanya.
00:24Kerana apa? Kerana desakan dalaman itu sangat kuat apabila kerajaan tidak mempunyai kuasa dominan seperti yang diperoleh oleh Barisan Nasional
00:34yang sebelum ini.
00:35Sebab itu pada kacamata saya, saya melihat kalau nak mengukur, dikatakan mengukur prestasi Perdana Menteri dalam tempoh 4 tahun kerajaan
00:43Madani ini.
00:44Bagi saya, kerajaan Anwar bertahan dan beliau sebagai Perdana Menteri sampai semalam 4 tahun.
00:50Itu sudah satu kejayaan yang besar.
00:52Itu, itu simple calculation.
00:54Kalau orang lain, saya rasa tidak akan mampu bertahan dengan dalaman begitu sekali tekanan, drama-drama yang berpanjangan tak pernah
01:04henti.
01:05Kita yang berada di belakang tabir ini tahu apa perancangan-perancangan.
01:08Itu yang pertama.
01:10Yang kedua, kalau kita nak menilai performa kepimpinan.
01:14Sebenarnya, kita kena ingat bahawa mana-mana Perdana Menteri pun mereka hanyalah menyambung sebagai mata rantai daripada kesenambungan pembangunan polisi
01:26dan sebagainya daripada kepimpinan terdahulu.
01:28Dan dalam konteks itu, sebagaimana yang disebut dalam konteks ekonomi, pelaburan, stabiliti rakyat dan sebagainya, saya menjadikan bahawa apa yang
01:37telah dicapai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya sudah mencukupi sebagai kesenambungan.
01:42Apatah ini, satu lagi, Zul, kita kena ingat bahawa kerajaan ini adalah kerajaan tanpa manifesto.
01:50Itu yang kita kena faham.
01:52Sebab saya melihat emosi-emosi bahawa janji tidak ditunai, janji tidak ditunai.
01:57Janji apa sebenarnya?
01:59Sebab kerajaan ini adalah kerajaan tanpa manifesto.
02:02Kerajaan yang hanya bertahan atas dasar nasihat daripada kebaginda dan juga daripada perbincangan-perbincangan membentuk kerajaan gabungan seumpama ini.
02:13So, tidak ada kebetanggungjawapan manifesto yang khusus sama ada manifesto PH atau manifesto BN dan sebagainya.
02:21Memandangkan kerajaan ataupun parti-parti yang ada dalam gabungan kerajaan yang ada sekarang ini mempunyai matlamat dan juga objektif yang
02:28berbeza,
02:28banyak perkara tidak boleh dicapai.
02:31Sebagai contoh, janji-janji yang dilaksanakan pada tahun 2000,
02:35ia berjanji-janji yang dimanifestasikan dalam manifesto Pakatan Harapan pada tahun 2018 semasa Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri.
02:50iaitu menghapuskan tol, menghapuskan hutang PTPTN dan sebagainya.
03:00tidak dapat dilaksanakan secara sepenuhnya kerana terdapat pelbagai kekangan.
03:07Namun pada masa yang sama kita harus akui bahawa pada tempoh empat tahun yang lalu,
03:12kerajaan yang ada stabil walaupun terdapat pelbagai desakan daripada luar untuk menggugat kestabilan kerajaan yang sedia ada.
03:23tetapi kita belum ada satu instrumen untuk mengatakan bahawa kerajaan ini diterima ataupun tidak oleh pengundi.
03:34Sekiranya kita menggunakan apa yang berlaku di Sabah, Toho, Negeri Sembilan dan juga Melaka sebagai satu tanda ukur
03:43untuk memperlihat, untuk kita membuat satu rumusan sama ada kerajaan yang ada pada hari ini
03:50dan usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan yang ada pada hari ini untuk menstabilkan politik negara,
03:57untuk mengurus ekonomi dengan baik sama ada ianya diterima oleh rakyat sebagai satu referendum
04:03for lack of better word, ianya menunjukkan ianya tidak mencapai matlamat yang ingin diperolehi oleh kerajaan yang memerintah pada hari
04:13ini.
04:13Jadi saya rasa itu yang merupakan satu dilema yang wujud dalam pentadbiran kerajaan yang ada pada hari ini
04:21kerana daripada satu sudut angka-angka ekonomi menunjukkan peningkatan yang baik
04:30tetapi daripada penerimaan pengundi di bawah.

Recommended