00:00Seterusnya, Polis Ziraja Malaysia PDRM membuka dua ketas siasatan berasingan berhubung hantaran Facebook pemimpin DAP Tony Pua serta Ahli Parlimen
00:10Kota Melaka Ko Puitiung.
00:12Ketua Polis Negara Tan Sri Mahmat Khalid Ismail berkata, kedua-dua siasatan itu dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas USJT,
00:20Bahagian Pendawaan dan Undang-Undang D5, Jabatan Siasatan Jenayah JSJ Bukit Aman.
00:30Menurutnya, sebanyak 55 laporan polis telah diterima berhubung hantaran Facebook Tony berhubung Minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berkaitan bekas
00:38Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
00:40Tegasnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 203E Kanun Keseksaan iaitu mendedahkan maklumat serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu
00:51Penggunaan Tidakwajar Kemudahan Rangkaian atau Perkhidmatan Rangkaian.
00:54Dalam pada itu, Muhammad Khalid berkata, dua laporan diterima terhadap Pui Tiong berhubung hantaran Facebooknya yang mempertikai arahan penutupan premis
01:02perniagaan di Kuala Terengganu ketika solat Jumaat oleh Majlis Pandaraya Kuala Terengganu MBKT.
01:08Kes itu disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 505B Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
01:18Sehubungan dengan itu, Muhammad Khalid mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan memandangkan kedua
01:27-dua kes masih di peringkat siasatan.
01:29PDRM turut memberi amaran kepada semua pihak agar tidak sesekali menyentuh atau membangkitkan isu 3R iaitu kaum, agama dan institusi
01:38diraja dalam apa jua bentuk yang boleh menjejaskan keamanan dan keharmonian masyarakat Malaysia.