00:00China menegaskan haknya untuk mengambil langkah yang perlu bagi melindungi hak dan kepentingan sah negara itu susulan cadangan pelaksanaan tarif
00:08baharu oleh Amerika Syarikat.
00:11Jurucakap Kementerian Perdagangan China, He Yadong berkata, siasatan yang dijalankan Amerika Syarikat menerusi Seksyen 301 itu merupakan tindakan unilateral yang
00:23ditentang keras Beijing.
00:50Pendirian itu menyusul selepas Washington mencadangkan tarif terhadap 14 rakan dagang utama termasuk China, Jepun dan Kesatuan Eropah berhubung isu
00:58lebihan kapasiti industri.
01:00Pada Rabu, Washington mencadangkan perlaksanaan tarif baharu terhadap 14 rakan dagang utama susulan siasatan berkaitan lebihan kapasiti perendastian.
01:08Kebanyakan kadar tarif yang dicadangkan itu ditetapkan pada kadar lebih rendah, selaras dengan perjanjian perdagangan yang telah dimuktamadkan atau masih
01:15dalam proses rundingan.
01:17Sehubungan itu, China menggesa Amerika Syarikat supaya membetulkan tindakan yang disifatkan sebagai satu kesilapan.
01:22Beijing turut menyeru Washington kembali ke landasan yang betul dengan menyelesaikan sebarang pertikaian perdagangan menerusi dialog dan perundingan.
01:30Terima kasih kerana menonton!