00:00Intro
00:07Assalamualaikum dan salam sejahtera anda bersama saya Nabilah Khalida dan ini Niaga Wani
00:115 berita 5 perkembangan penting
00:13Satu rangkuman untuk memulakan hari anda
00:15Ini Niaga Top 5 5 tumpuan utama pilihan Niaga Wani hari ini
00:22Malaysia berdepan cabaran baru dalam perlombaan kecerdasan buatan AI
00:26apabila NVIDIA dilaporkan mengarahkan rakan pengeluarannya
00:30menghentikan penghantaran pelayan yang menggunakan cip syarikat itu ke Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia
00:36susulan kawalan ekspor baru yang diperkenalkan oleh Amerika Syarikat
00:40Langkah tersebut dibuat ketika Washington memperketat pemantauan terhadap pergerakan cip AI berprestasi tinggi
00:46bagi menghalang teknologi berkenaan daripada sampai ke China melalui negara ketiga
00:51sekaligus menimbulkan persoalan mengenai kesan terhadap rantaian bekalan teknologi
00:56dan pembangunan pusat data di rantau Asia Tenggara
00:58Perkembangan itu turut menjadi perhatian Malaysia yang sedang muncul
01:02sebagai destinasi utama pelaburan pusat data dan AI bernilai berbila ringgit
01:06kerana sebarang gangguan berpanjangan berponasi menjejaskan pelaksanaan projek teknologi berimpak tinggi
01:12serta prospek sektor elektrik dan elektronik EME yang kekal menjadi tunjang ekspor negara
01:21Kerajaan berjaya mengurangkan pinjaman baharu tahunan kepada kira-kira RM70 bilion
01:25berbanding sekitar RM10 bilion ketika mengambil alih pentadbiran negara
01:29kata Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim
01:32Namun beliau berkata kerajaan masih perlu menanggung dan membayar balik pelbagai hutang lama
01:37yang diwarisi termasuk melibatkan One Malaysia Development Berhad OneMDB, Felda
01:41dan Lembaga Tabung Haji yang terus membeli tekanan kepada kedudukan kewangan negara
01:46Menurut beliau, kerajaan membayar hampir RM1 bilion setahun
01:50untuk menyelesaikan komitmen hutang lama Felda termasuk kira-kira RM980 juta setahun
01:55selain memastikan tanggungjawab berkaitan tabung haji dipenuhi
01:59bagi melindungi kepentingan pendeposit dan jemaah haji
02:02sambil mengekalkan disipin fiskal negara
02:08Malaysia akan meneruskan rundingan dengan Amerika Syarikat sehingga suku pertama 2027
02:13bagi memastikan kadar tarif ke atas barangan negara tidak melebihi 19%
02:17seperti yang dipersetujui menerusi perjanjian perdagangan timbal balik
02:21Menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Gani
02:25Washington sebelum ini mencadangkan kadar tarif antara 18 hingga 25%
02:30ke atas Malaysia di bawah siasatan berkaitan lebihan kapasiti pengeluaran
02:34namun Putrajaya berpendirian bahawa sebarang tarif tambahan
02:37tidak boleh menyebabkan kadar keseluruhan melepasi siling 19%
02:42Malaysia merupakan antara negara terawal memeterai ART
02:45turut menegaskan bahawa sektor semikonduktor tidak termasuk dalam penilaian lebihan kapasiti setakat ini
02:50walaupun industri besi dan keluli berpotensi menerima penelitian lebih ketat
02:55dalam siasatan tarif yang sedang dijalankan oleh pihak Amerika Syarikat
03:02Cadangan tarif baru Amerika Syarikat ke atas 14 rakan dagang termasuk Malaysia
03:06dijangka memberi tekanan kepada sentimen ekspor dalam jangka pendek
03:10namun Apex Securities berpandangan
03:12prospek jangka panjang sektor pembuatan dan teknologi negara masih kekal kukuh
03:16firma pelidikan itu berkata ketidaktentuan tarif berkemungkinan menjadi ciri kekal
03:21dalam landscape perdagangan global
03:23dengan Malaysia berdepan kemungkinan kadar tarif sehingga 25%
03:26di bawah cadangan Seksyen 301
03:29berbanding kadar 18% yang telah dipersetujui sebelum ini
03:32Menurut Apex Securities, pasaran saham Malaysia dijangka kembali berdepan turun naik
03:37dengan sektor teknologi dan pengeluar perkhidmatan elektronik paling terdedah
03:41namun saham berorientasikan domestik, utiliti dan pembinaan dilihat lebih berdaya tahan
03:46dalam menghadapi ketidaktentuan perdagangan global
03:53Kerajaan mungkin mempertimbangkan campur tangan terhadap AirAsia Group Berhad
03:57sekiranya kedudukan kewangan syarikat itu semakin meruncing
04:00namun sebarang sokongan akan disertakan dengan syarat penstrukturan semula yang tegas
04:04seperti pendekatan yang digunakan dalam pemulihan Ventress Energy Berhad sebelum ini
04:09Menurut Menteri Kewangan 2, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
04:12antara langkah yang boleh dipertimbangkan ialah pengukuhan lembaga pengarah
04:16dan pengurusan serta pengurangan beban hutang
04:19bagi memastikan kelangsungan syarikat
04:21dengan keutamaan diberikan kepada kepentingan awam dan bukannya pemegang saham
04:25AirAsia Group Berhad yang menguasai kira-kira 60% pasaran penerbangan domestik Malaysia
04:30melegokkan liabiliti semasa sebanyak RM18.4 bilion setakat Jun 2026
04:36serta kerugian bersih RM857.16 juta bagi 9 bulan pertama tahun kewangan semasanya
04:43sekaligus mencetuskan kebimbangan terhadap kelangsungan operasi syarikat
04:46penerbangan tambang rendah terbesar di Asia Tenggara itu
04:49selamat menikmati
04:51Terima kasih kerana menonton!