00:00Seorang lelaki maut selepas dipercayai ditetap menggunakan parang oleh sekumpulan empat lelaki dalam kejadian di hadapan sebuah kedai makan di
00:07Jalan Pekan Lama, Kuala Ketil, Baling pada Khamis.
00:11Ketua Polis Kedah, Dato' Azli Abu Shah berkata, mangsa yang merupakan warga tempatan berusia 43 tahun itu disahkan meninggal dunia
00:19di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
00:23Hasil pemeriksaan awal, pihak forensik mendapati si mati mengalami kecederaan di bahagian kaki, tangan, lutut serta belakang leher.
00:30Terdapat sebanyak 16 kesan tetapkan dan hampir putus disebabkan ditetap dengan menggunakan parang.
00:36Azli berkata hasil siasatan dan risikan mendapati motif kejadian dipercayai berpunca daripada dendam serta perebutan kawasan.
00:43Maklumat orang awam menyatakan mereka melihat empat lelaki bersenjatakan parang turun daripada sebuah kereta jenis proton personal sebelum mengejar dan
00:50menyerang mangsa.
00:51Suspek terbabit dikatakan telah mengejar dan terus menetap mangsa di tempat kejadian.
00:56Tambahnya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan.
01:00Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi talian kecemasan 999 atau hadir kebala polis berhampiran bagi membantu siasatan.