Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang mendapatkan pengesahan Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung implikasi perundangan sekiranya Gabungan Parti Sarawak (GPS) memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri selepas selesai proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 esok.
#PRNSarawak #SarawakMemilih
Transcript
00:00Suruhanjaya Pilihan Raya SPR sedang mendapatkan pengesahan Jabatan Peguam Negara AGC berhubung implikasi perundangan sekiranya gabungan parti Sarawak GPS memperoleh
00:09majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri selepas selesai proses penamaan calon pilihan raya negeri PRN Sarawak ke-13 esok.
00:17Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, aspek berkenaan masih dalam penelitian AGC bagi memastikan sebarang tindakan atau keputusan mematuhi
00:27peraturan pilihan raya sediada.
00:30Saya dah minta perkara ini disemak dengan pihak AGC dan perkara ini masih lagi dalam semakan. Ada peraturan-peraturan berkaitan
00:40yang kita perlu patuhi.
00:41Kalau berdasarkan peraturan sediada, kita kena lihat semua proses penamaan raya ini terpaksa juga dijalankan, mesti dijalankan dan sebarang pengumuman
00:49akan dibuat selepas itu.
00:51Walau bagaimanapun, sebarang pengumuman akan kita beritahu kemudian selepas kita dapat konfirmasi daripada pihak yang berkaitan.
00:57Ramlan pada masa sabar mengesahkan calon tunggal yang bertanding di sesuatu kawasan akan diumumkan menang tanpa bertanding.
01:04Perkembangan itu menjadi perhatian susulan landscape persaingan PRN Sarawak ke-13 yang menyaksikan GPS menjadi satu-satunya gabungan mengumumkan penyertaan
01:13di kesemua 82 kursi dun.
01:15Beberapa parti nasional termasuk barisan nasional, PKR PAS, Amanah, Bersatu dan Wawasan pula telah mengesahkan tidak bertanding pada pilihan raya
01:23kali ini.
01:24DAP kekal bertanding dengan 12 calon manakala PBDS mengumumkan penyertaan D-26 kursi dan PBK D-12 kursi.
01:32Parti Bangsa Malaysia PBM, pimpinan Dato' Larry Seng pula menyasarkan tiga kursi termasuk pelagus yang akan ditandingi sendiri oleh beliau.
01:39Untuk rekod majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri Sarawak memerlukan sekurang-kurangnya 42 daripada keseluruhan 82 kursi dun.

Recommended