• 3 minutes ago
Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata tindakan saman itu merupakan langkah yang dipilih MCMC bagi memastikan YouTube mematuhi kerangka kawal selia yang ditetapkan.
Transcript
00:00Assalamualaikum dan salam sejahtera anda bersama dengan saya Fidaw Zazil. Untuk berikutnya awal ini, pada jam ini kita mulakan dengan
00:05laporan berikut.
00:08Suruhan Jaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC menyaman Google selepas mendapati kandungan berunsur judi dalam talian, khususnya di platform YouTube,
00:17sering lewat ditangani oleh syarikat gergasi teknologi itu.
00:20Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadil berkata, proses berhubung tindakan itu telah berlangsung agak panjang, terutamanya membabitkan aduan terhadap kandungan
00:28judi dalam talian di platform berkenaan.
00:33Ia adalah kerana terdapat sejumlah kandungan yang pihak berkait dengan judi dalam talian, yang pihak YouTube khususnya dan Google amnya,
00:46sangat culas dan sangat lewat untuk mengambil tindakan.
00:51Ada yang mengambil masa lebih 90 hari, ada yang sehingga ke hari ini tidak diketahui apa statusnya, walaupun the nature
00:59of the content adalah bersifat berulang.
01:02Kebiasaannya pihak MCMC bila difilkan satu-satu kandungan, biasanya dia adalah kandungan yang serupa berkait dengan judi dalam talian.
01:13Tapi pihak Google, pihak YouTube masih mengingkari.
01:17Fahmi berkata, tindakan saman itu merupakan langkah yang dipilih MCMC bagi memastikan YouTube mematuhi kerangka kawal selia yang ditetapkan.
01:27Beliau bagaimanapun berkata, tindakan undang-undang itu tidak akan menjejaskan pelaburan Google di Malaysia berjumlah $15 bilion Amerika.
01:35Pada 25 November lalu, MCMC mengumumkan dua tindakan undang-undang terhadap Google dengan tuntutan ganti rugi keseluruhan RM600 juta.
01:44Saman pertama membabitkan dawaan kegagalan Google mengambil langkah sewajarnya terhadap kandungan memudaratkan, termasuk berkaitan perjudian dalam talian dan penibuan.
01:54Manakala saman kedua berkaitan penerbitan semula kandungan oleh Papa Gomor yang didakwa melanggar undang-undang.
02:00Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended