• 3 minutes ago
Ukraine menegaskan operasi terhadap aset ketenteraan Rusia di Benghazi hanya menyasarkan sokongan kepada perang Moscow, sambil menyatakan kekesalan terhadap kesan tidak disengajakan dan mengulangi sokongan kepada kedaulatan Libya.
Transcript
00:00Ukraine menegaskan tindakannya terhadap aset ketenteraan Rusia di pelabuhan Benghazi Libya tidak pernah menyasarkan negara atau rakyat Libya.
00:10Menteri Luar Ukraine Andriy Shabihar berkata operasi berkenaan hanya ditujukan kepada objek ketenteraan Rusia yang secara langsung menyokong perang Moskow
00:20terhadap Kyiv.
00:22Beliau menyatakan pendirian itu dalam satu hantaran di PlatformX pada Khamis selepas mengadakan perbualan telefon dengan rakan sejawatannya dari Libya
00:29Al-Tahir Al-Bur,
00:31susulan perkembangan terbaru di perairan pantai Libya dan pelabuhan Benghazi.
00:35Shabihar turut menyuarakan kekesalan terhadap kesan tidak disengajakan akibat tindakan berkenaan selain menyampaikan ucapan takziah kepada rakyat Libya.
00:43Beliau menegaskan Kyiv tidak mempunyai sebarang niat untuk meluaskan konflik dengan Rusia ke Libya atau mana-mana negara lain.
00:49Dalam perbualan itu, Shabihar turut mengulangi sokongan Ukraine terhadap kedalatan dan keutuhan wilayah Libya termasuk usaha menyatukan semula negara berkenaan.
00:57Beliau juga menekankan hubungan persahabatan antara kedua-dua negara khususnya dalam bidang kesihatan dan keselamatan makanan.

Recommended