• 5 minutes ago
Mesir dan Qatar mempergiat penyelarasan diplomatik bagi memastikan gencatan senjata di Gaza dilaksanakan, selain memperkukuh kerjasama serantau dan hubungan ekonomi di tengah usaha mengekalkan kestabilan Asia Barat.
Transcript
00:00Mesir dan Qatar memperkukuh kerjasama diplomatik bagi memastikan pelaksanaan perjanjian kencatan senjata di Gaza selain meredakan ketegangan serantau.
00:10Perkara itu dibincangkan dalam pertemuan Presiden Mesir Abdul Fattah Assisi bersama Emir Qatar, Syekh Tamim Hamad Athani di Kahirah pada
00:17Khamis.
00:20Menurut kenyataan Presiden Mesir, perbincangan turut memberi tumpuan kepada perkembangan serantau khususnya usaha mengelakkan peningkatan ketegangan dan menggalakkan kestabilan.
00:29Abdul Fattah turut menegaskan sokongan penuh Mesir terhadap keselamatan Qatar dan negara-negara teluk lain sambil menyifatkan keselamatan rantau teluk
00:36sebagai sebahagian daripada kepentingan keselamatan nasional Mesir.
00:40Menyentuh perkembangan di Gaza, beliau menggariskan usaha Mesir untuk memastikan perjanjian kencatan senjata dilaksanakan selain memuji kerjasama dan penyelarasan dengan
00:48Qatar.
00:48Beliau menegaskan semua pihak perlu mematuhi perjanjian berkenaan, memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalukan serta memulakan program pemulihan awal dan pembinaan
00:57semula tanpa sebarang kelewatan.
00:58Kedua-dua pemimpin turut membincangkan usaha memperkukuh hubungan ekonomi termasuk kerjasama perdagangan dan pelaburan.
01:05Mereka juga bersetuju untuk meneruskan rudingan serta penyelarasan politik bagi memperkukuh hubungan dua halam dan menangani perkembangan serantau.
01:12Terima kasih.
01:14Terima kasih.
01:15Terima kasih.

Recommended