00:00Melaka merekodkan lebih 3.5 juta kedatangan pelancong kesihatan ke negeri itu dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini.
00:08Ia sekaligus mencerminkan potensi pertumbuhan industri pelancongan perubatan negeri pada masa hadapan.
00:14Ketua Menteri Dato' Sri Abdul Raouf Yusof berkata, daripada jumlah itu lebih 608,000 pelancong luar negara direkodkan
00:21mendapatkan perkhidmatan di satu daripada hospital swasta di negeri itu termasuk 13,736 pelancong kesihatan dari Indonesia.
00:30Abdul Raouf berkata, dalam tempoh Januari hingga Oktober lepas, Melaka menerima hampir 700,000 pelancong kesihatan
00:37yang mendapatkan rawatan di empat hospital swasta yang beroperasi di negeri itu.
00:41Justru itu, ujarnya pelaburan dalam teknologi perubatan mempunyai nilai strategik yang cukup besar kepada pembangunan ekonomi negeri.
00:49Ini khususnya dalam memperkukuh kedudukan Melaka sebagai destinasi pelancongan perubatan antarabangsa.
00:54Beliau menambah, kerajaan akan memastikan Melaka tidak ketinggalan daripada arus kemajuan teknologi perubatan dunia
01:01menerusi pelaburan yang dilakukan hospital swasta di negeri itu dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelancong kesihatan di negeri berkenaan.
01:10Dalam perkembangan lain, beliau berkata Belanjawan Negeri Melaka 2027 dijangka dibentangkan pada 23 Desember depan.