00:00Trend pengibaran bendera cetak dari siri anime Jepun One Piece semakin menjadi fenomena di Indonesia sebagai bentuk penentangan terhadap kerajaan Republik itu.
00:11Antara yang turut serta ialah seorang pelukis mural kemas Muhammad Firdaus yang melakar lanun straw hat dari animasi itu sebagai tanda protes terhadap isu rasuah dan pengangguran di negara itu.
00:24Untuk rekod sejak sebulan lalu, pelajar dan aktivis di beberapa daerah mengibarkan bendera lanun watak monkey di Lufi menjelang sabutan Hari Keberdekaan 17 Ogos.
00:36Namun simbol itu dikritik sebahagian pegawai kerajaan malah ada menganggapnya seperti pengkhianatan.
00:43Pejabat Presiden Prabowo Subianto menegaskan kebebasan bersuara dihormati tetapi bendera itu tidak wajar dikibarkan bersama bendera negara itu merah putih.
00:54Justru ini kan teguran ya untuk pemerintah agar pemerintah pada akhirnya benar-benar melihat gitu keresahan oh masyarakat teriak loh dengan adanya segini.
01:09Ini kan slogan yang benar-benar kompak gitu dari bendera, dari menyambut 17 Agustus masyarakat membuat mural seperti ini.
01:18Pada akhirnya berharap untuk pemerintah membenahi permasalahan-permasalahan yang memang janggal, masih banyak yang kurang, apapun lah banyak itu.
01:31Di Jawa Timur beberapa bendera turut dirampas pihak berkuasa tindakan yang dikritik Amnesty International sebagai keterlaluan.
01:38Pejabat Presiden bagaimanapun menafikan mengarahkan sebarang serbuan.