Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Jawatankuasa Siasatan mendapati tiada unsur penderaan ke atas pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Syamsul Haris Shamsudin, yang dilaporkan meninggal dunia ketika mengikuti latihan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PULADA), Ulu Tiram di Johor pada 28 Julai lepas.
Transcript
00:00Jawatankuasa siasatan mendapati tiada unsur penderaan ke atas pelatih pasukan latihan pegawai simpanan Palapes, Universiti Teknologi Malaysia UTM Sekudai Syamsul Haris Syamsuddin yang dilaporkan meninggal dunia ketika mengikuti latihan di pusat latihan asas tentera darat Puladal, Uluti Ramdi Johor pada 28 Julai lepas.
00:20Menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Muhammad Khalid Nur Din, keputusan itu diperoleh jawatan kuasa berkenaan yang turut membabitkan beberapa kementerian termasuk Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri KDN, Kementerian Kesihatan KKM dan Kementerian Pendidikan Tinggi KPT.
00:37Menurut beliau, insiden itu berlaku sehari selepas mangsa memulakan latihan pada 27 Julai dan latihan berkenaan dijalankan mengikut arahan garis panduan serta prosedur ditetapkan.
00:47Keterangan saksi lebih 30 individu termasuk peserta dan jurulatih latihan mengesahkan semua bentuk latihan diberikan melandaskan prosedur yang telah ditentukan dan tiada penderaan dilaporkan.
01:00Berdasarkan aspek perubatan, Muhammad Khalid berkata, bedah siasat yang dilakukan di Hospital Kota Tinggi dengan kehadiran petugas perubatan tentera mengesahkan bahawa semua bantuan awal diberikan kepada mangsa mengikut prosedur operasi standar.
01:14Laporan hospital juga mengesahkan tiada sebarang kesan kecederaan pada jasad sejajar dengan dapatan siasatan polis dan punca kematian akan diketahui selepas laporan penuh diperoleh yang dijangka mengambil masa satu hingga dua bulan.
01:27Muhammad Khalid menegaskan insiden itu tidak wajar dikaitkan atau disamakan dengan kejadian kematian seorang pelajar di Sabah dan sekiranya terdapat unsur penderaan atau jenayah, pihak Kementerian akan memberikan kerjasama sepenuhnya.
01:40Syamsul Haris, 22 tahun, dilaporkan meninggal dunia pada 28 Julai ketika menjalani latihan inokulasi tempur di Pulada.
01:50Anak sulung daripada tiga beradik itu menyertai latihan pelapis UTM bermula 27 Julai lepas dan dijadwalkan berakhir pada 2 Ogos.
01:58Terima kasih telah menonton!

Recommended