00:00Menjelang pertemuan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Presiden Rusia Vladimir Putin Jumat ini,
00:06Kiv menolak jika ada cadangan untuk menyerahkan wilayah Donbass sebagai tukaran genjatan senjata tamatkan perang di Ukraine.
00:13Presiden Ukraine Vladimir Zelensky memberi amaran, syur sedemikian berupaya mencetuskan serangan susulan di masa depan.
00:22Kenyataan Zelensky menyusul pertemuan bersejarah Trump dan Putin di Alaska, Amerika Syarikat Jumat ini.
00:27Trump sebelum ini membayangkan persetujuan untuk genjatan senjata mungkin melibatkan penyerahan beberapa wilayah di Ukraine.
00:35Beliau juga percaya ia adalah salah satu tuntutan Putin sebelum bersetuju untuk bertemu bagi jalan genjatan senjata.
00:42Zelensky tidak dilibatkan dalam pertemuan yang dirancang itu.
00:45Sehingga kini, tiada maklumat terperinci diperoleh berhubung apa tuntutan sebenar Putin apabila beliau bertemu Trump nanti.
00:51Sebahagian daerah di Donbass yang terletak di wilayah timur Luhansk dan Donetsk diduduki Rusia sejak 2014.
01:00Moskow kini menguasai hampir semua kawasan Luhansk dan 70% kawasan di Donetsk.
01:06Zelensky dalam pari itu tegaskan bahawa rakyat Ukraine sudah pasti membantah sebarang cadangan untuk menghadiahkan mana-mana kawasan di dalam negara mereka.
01:13Ujarnya, hal itu tertakluk kepada perlembagaan negara yang memerlukan satu penghutang suara sebelum sebarang pindaan wilayah dibuat.
01:20Sehingga kini, perang di Ukraine yang dimulakan Rusia pada Februari 2022 masih berlarutan dengan tentera kedua-dua negara saling melancarkan serangan dan bertempur secara sengit antara satu sama lain.